Perhimpunan terbesar Lamborghini Jun ini, sasar capai kutipan RM40k untuk badan amal

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Andy Soong
Ahli Persatuan Pemilik Lamborghini Malaysia (LOM) berhasrat untuk memecahkan rekod perhimpunan Lamborghini terbesar seperti yang pernah dicapai kira-kira 9 tahun yang lalu di Kuala Lumpur.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Perkara itu diumumkan sendiri oleh presiden LOM, Dato' Roslan Rosdi dalam satu sidang media yang diadakan di tengah ibu kota semalam.

Perhimpunan terbesar itu akan diadakan di kawasan parkir terbuka Mandarian Oriental, KLCC bermula jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dengan menyasarkan bilangan jentera melebihi angka 77 unit seperti yang pernah dicapai sebelum ini.

Acara yang bakal diadakan itu bukan sahaja bertujuan untuk memecahkan rekod di dalam Malaysia Book of Records yang terdahulu, malah ia juga bertujuan untuk mengumpulkan dana sekurang-kurangnya RM40,000 untuk disumbangkan kepada empat badan amal.
 

LOM


Menurut Dato' Roslan, "Memandangkan kita semua boleh berkumpul dengan selamat, kami mahu meraikan keseronokan pemanduan yang santai, selain memecahkan rekod yang pernah dicatatkan sembilan tahun lalu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur LOM Dato' Rakesh Sachdev berkata, "Selepas kami berjaya memecahkan rekod terdahulu, ahli LOM akan bergerak ke Chateau Bukit Tinggi di mana acara makan malam (digelar sebagai Bulls Ball) akan diadakan.

Para peminat jenama Lamborghini juga dijemput untuk melihat sendiri barisan model-model klasik dan model terhad Lamborghini seperti Gallardo MLE, Huracan Spyder, Urus dan Aventador SVJ yang dijangka membuat kemunculan pada acara tersebut.

Ditubuhkan pada tahun 2014, LOM bermula dengan kekuatan seramai 50 orang ahli, namun kelab pemilik itu kini membariskan sehingga 150 orang ahli setia.