Dalam ucapan Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter telah berkata bahawa memandangkan Beetle ini bakal ditamatkan pengeluarannya pada tahun ini dan acara perhimpunan ini adalah peluang terbaik untuk meraikan bersama kesemua pemilik dan peminat untuk berkumpul dan mencatat sejarah untuk dikenang pada masa hadapan.
Beliau turut berkata bahawa acara perhimpunan sebegini pasti meriah dengan kehadiran dengan pelbagai jenis model Beetle yang mempunyai sentuhan tersendiri dan mencerminkan kepelbagaian peribadi pemilik itu tersendiri selain pelbagai warna warni yang pasti menarik.
Perhimpunan itu juga dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik. Salah satu acara kemuncak adalah pertandingan "Beetle Paling Menarik" dengan memilih tiga buah Beetle yang paling menonjol dan menarik dari beratus-ratus Kumbang yang hadir.
Selain itu pertandingan undian atas talian melalui media social yang dikenali sebagai "Beetle Paling Disukai" turut diadakan.
Bagi pertandingan "Beetle Paling Menarik", tiga orang juri dari pihak media telah dilantik dan setiap satu juri diberikan mandat untuk mencari Beetle yang paling menarik melalui penilaian dari segi pelbagai aspek. Hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 setiap seorang telah diberikan sebagai tanda penghargaan.

Pemenang-pemenang "Beetle Paling Menarik" adalah ialah Fairul Irwan, Raja Gopal dan Thavanesan A / L Selvaratnam, manakala Siti Aishah Ismail berjaya meraih gelaran "Beetle Paling Disukai".

Hezeri Samsuri, selaku salah seorang juri telah memilih saudara Fairul Irwan sebagai pemenang berdasarkan kemasan hasil kerja yang telah diberikan serta sentuhan tema American Muscle Car kepada Beetle beliau.
(Video disertakan di bawah)
Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis food truck yang menyediakan makanan dan minuman serta car boot sale yang diseliakan oleh pemilik-pemilik Beetle itu sendiri. Sesi pandu uji juga turut disediakan beserta permainan untuk kanak-kanak di pentas utama.
Walaupun jumlah kehadiran pada perhimpunan ini adalah 405 unit, ia tidak mengatasi rekod Guiness Malaysia yang terdahulu tetapi ia tetap satu pencapaian yang membanggakan.

Sebagai memberi penghormatan kepada Volkswagen Beetle yang bakal ditamatkan produksi pada tahun ini, Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM) melancarkan Beetle Collector's Edition.
Ditawarkan dalam 75 unit yang sangat terhad, Beetle edisi akhir ini dijual pada harga RM164,390 serta tambahan aksesori bernilai sehingga RM12,000 yang merangkumi spoiler belakang, filem dekoratif, pedal sports aluminium, pemijak kaki, VW Tint dan emblem produksi.
Selain itu, setiap pemilik untuk 75 unit ini juga bakal mendapat satu sijil pemilikan rasmi Collector's Edition.
Beetle Collector's Edition ini hadir dalam layangan warna Blue Silk, Pure White, Habanero Orange, dan Tornado Red.
Careta berharap akan ada lagi perhimpunan Cik Kumbang ini lagi di masa akan datang kerana ia amat meriah dan yang paling kami seronok adalah melihat pelbagai lapisan umur dan bangsa berkumpul dan bermesra dalam satu acara. Syabas!