Perhatian pemilik Mitsubishi Pajero Exceed, Pajero Sport dan ASX - Kenderaan anda terlibat dalam program panggilan semula!

oleh Muhammad Md Tajudin|

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) selaku pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia memaklumkan bahawa tiga model terlibat dalam program panggilan semula untuk penggantian peralatan. Pemilik kenderaan berikut digesa supaya memberi perhatian dan mengambil tindakan susulan. 

1. Mitsubishi Pajero Exceed 

Peledak beg udara Takata bahagian pemandu

Sebanyak 128 unit model ini yang diperbuat dari tahun 2010 hingga 2014 perlu dihantar semula ke pusat servis bertauliah MMM untuk penggantian peledak beg udara bahagian pemandu. Terdapat kemungkinan serpihan besi akan terbang bersama beg udara semasa ia terbuka dan mendatangkan kecederaan kepada pemandu. 

Kempen ini ialah sebahagian daripada penggantian peledak beg udara Takata yang melibatkan kenderaan di seluruh dunia.

2. Mitsubishi Pajero Sport dan ASX

 

Perhatian pemilik Mitsubishi Pajero Exceed, Pajero Sport dan ASX - Kenderaan anda terlibat dalam program panggilan semula!

 

Gas spring pintu but belakang

Model yang terlibat ialah Pajero Sport yang diperbuat dari tahun 2010 hingga 2016 dan ASX yang diperbuat dari tahun 2010 hingga 2015.

Gas spring tersebut perlu ditukar memandangkan ia kekurangan lapisan anti karat dan boleh mendatangkan kerosakan.

Motor bilah penggilap (wiper) - ASX sahaja

 

Perhatian pemilik Mitsubishi Pajero Exceed, Pajero Sport dan ASX - Kenderaan anda terlibat dalam program panggilan semula!

 

Terdapat kemungkinan air akan memasuki bahagian motor dan menjadikan peralatan dalaman berkarat seterusnya menyebabkan motor tersebut tidak berfungsi. 

Sebagai tindakan lanjut, MMM akan menghantar surat makluman kepada kesemua pemilik yang terjejas. MMM juga meminta pemilik model yang disenaraikan supaya membuat temu janji dengan pusat servis bertauliah untuk proses gantian peralatan.

Kos pembaikan ini adalah percuma dan ditanggung oleh MMM.

Maklumat lanjut tentang program pembaikan ini dan senarai pusat servis boleh di dapati di www.mitsubishi-motors.com.my 

Pelanggan juga boleh menghubungi talian bantuan di 1-800-18-6611 (Isnin hingga Jumaat, 9:00 pagi - 5:00 petang) untuk bantuan segera.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengedar kenderaan jenama Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) menawarkan…
Gaya Hidup
Menerusi jenama inilah, beberapa model terkenal mereka mula mencipta nama di persada permotoran…
Berita Domestik
Promosi hujung tahun sehingga 31 Disember ini menawarkan potongan rebat sehingga RM8,000 bagi…