Perginya seorang pelumba senior cubprix : Norizman Ismail

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Berikutan insiden Semasa sesi Ujian Masa CP150 Kejohanam AAM Malaysian Cub Prix Petronas di Bandar Baru Kijal, Kemaman, Terengganu, dengan dukacitanya dilaporkan bahawa pelumba No 19 Norizman Ismail telah meninggal dunia ekoran insiden tersebut. Menurut pihak penganjur kejohanan, Norizman terjatuh keseorangan di Selekoh 1 dan para marshal serta paramedik telah memberikan rawatan kecemasan segera. Bendera merah telah dikibarkan pada jam 15:52 untuk menamatkan sesi latihan.  Norizman telah dibawa menaiki ambulan ke unit trauma pada jam 15:55 untuk menerima rawatan segera sebelum dibawa ke hospital dengan dibantu mesin sokongan hayat (life support machine) dan pasukan perubatan pada jam 16:12. Jarak ke hospital adalah kurang 10 minit dari lokasi perlumbaan. Pihak hospital melakukan usaha terbaik namun Norizman disahkan meninggal dunia pada jam 16:50, hari Jumaat, 5 Mei 2017. Norizman memulakan karier di Cub Prix pada tahun 2004 dan bergelar juara kelas perdana sebanyak dua kali pada tahun 2005 dan 2011. Selepas mengadakan perbincangan bersama pasukan-pasukan dan pelumba-pelumba, Cub Prix memutuskan untuk membatalkan perlumbaan sebagai tanda hormat kepada Norizman. Persatuan Automobil Malaysia dan seluruh komuniti Cub Prix memanjangkan ucapan takziah dan turut berdukacita kepada keluarga, rakan-rakan dan pasukan Norizman. Jenazah Allahyarham akan tiba lewat malam ni di No 181 Jalan NusariBayu 1/6 Tmn Nusari Bayu 1 , 71950 Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. MHF_1590-682x1024 Nama:    Norizman Ismail umur:    32 (1985) Nat:    MAS Bike No:    19 Jentera:    Yamaha Pasukan:    ONEXOX TKKR Racing kelas:    150cc Underbone SOROTAN KERJAYA: 2005 CHAMPION - Expert, Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2011 CHAMPION - Expert, Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2012 CP130, Kejuaraan Cub Prix Malaysia - 4th 2013 CP130, Kejuaraan Cub Prix Malaysia - 2nd keseluruhan 2013 Keempat - 115cc Underbone, FIM Asia Road Racing Championship 2014 CP130, Kejuaraan Cub Prix Malaysia - Kedua keseluruhan 2014 Keempat - 130cc Underbone, FIM Asia Road Racing Championship 2015 Kedua - 130cc Underbone, FIM Asia Road Racing Championship 2015 CP130, Kejuaraan Cub Prix Malaysia - Kelima 2016 CP130, Kejuaraan Cub Prix Malaysia - Ketiga 2016 Keenam - 130cc Underbone, FIM Asia Road Racing Championship