Pergerakan rentas negeri:kini dibenarkan untuk penunggang motosikal, pengangkutan awam berpermit

oleh Mohamad Hanif|
Berdasarkan pengumuman sebelum ini, pergerakan merentas negeri bermula 7-10 Mei 2020 hanya dihadkan kepada kenderaan persendirian sahaja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, kenyataan media yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini membenarkan pergerakan menggunakan pengangkutan awam darat yang mempunyai permit sah daripada pihak berkuasa dan juga penunggang motosikal.

Namun, harus diingatkan bahawa orang awam yang menggunakan kenderaan pengangkutan awam darat atau penunggang motosikal perlu mendapatkan kelulusan pergerakan menerusi aplikasi Gerak Malaysia.

Bagi mereka yang tidak mempunyai kemudahan peranti pintar perlu mendapatkan kebenaran manual daripada balai polis yang berhampiran.

Kebenaran pergerakan antara negeri ini hanyalah untuk orang ramai yang terkandas di kampung dan mahu pulang ke kediaman masing-masing.

Berikut merupakan jadual pergerakan yang telah ditetapkan:

7 Mei 2020 - Kuala Lumpur
8 Mei 2020 - Perak, Johor, Kelantan
9 Mei 2020 - Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Pahang
10 Mei 2020 - Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penganalisis dan pakar sistem pengangkutan, Abi Sofian Abdul Hamid, berkata jajaran itu,…
Informasi
“Kenaikan surcaj 10 peratus bukan suatu perkara yang baharu, namun telah dilaksana sejak 20 tahun…
Berita Global
Timbalan pengurus besar kementerian itu, Daw Myat Mon Thein memberitahu pada Xinhua "Kami kini…