Pergerakan rentas negeri: SUK Pahang benarkan surau digunakan di R&R KLK dan LPT1?

oleh Mohamad Hanif|
Berdasarkan kenyataan media oleh YB Setiausaha Kerajaan Pahang baru-baru ini, kerajaan Pahang telah mengeluarkan garis panduan serta syarat-syarat pengoperasian untuk aktiviti-aktiviti sektor ekonomi di negeri tersebut bertarikh 8 Mei 2020.

Apa yang menarik perhatian kami adalah syarat-syarat yang dikenakan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) bagi Lebuhraya Karak-KL, dan juga Lebuhraya Pantai Timur 1.

 


Difahamkan, operasi R&R dibenarkan bersempena dengan pergerakan merentas negeri yang dilaksanakan pada ketika ini jika memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Restoran: Satu meja dibenarkan untuk seorang pelanggan
  • Surau: Surau dibenarkan dibuka untuk pelanggan yang membawa sejadah dan telekung sendiri. Pengurusan Lebuhraya hendaklah meletakkan pengawal bagi menguatkuasakan arahan ini.
  • Hand sanitizer disediakan di semua kaunter restoran/gerai serta surau
  • Sabun pencuci tangan hendaklah disediakan di semua sinki, tempat wudhu' dan tandas.

Namun, berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada sebarang kedai makan dan surau di R&R akan dibuka sepanjang pergerakan merentas negeri, hanya tandas sahaja akan dibenarkan dibuka.

"Gerai makan tidak akan dibuka, jadi saya nasihatkan jika perjalanan jauh, bagi yang bukan Islam perlu membawa makanan kerana gerai makan di RnR ditutup.

"Surau juga tidak dibenarkan, hanya tandas boleh digunakan. Kalau ada empat orang dalam kereta, seorang saja boleh gunakan tandas di RnR, tiga lagi kena berada dalam kenderaan.

"Pihak berkuasa akan berada di setiap R&R atau mana-mana tempat berhenti untuk memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ini," katanya.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
  Oleh itu, PLUS menasihatkan pelanggan lebuh raya yang berhenti untuk menunaikan solat di kawasan…
Informasi
  Pelanggan lebuh raya kini dibenarkan untuk menunaikan solat di surau-surau yang terletak di R…
Berita Domestik
Pembukaan premis surau kepada umum tersebut adalah selari dengan pengumuman Perintah Kawalan…