Pergerakan dari Selangor, KL ke Putrajaya masih tidak dibenarkan

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Pergerakan dari Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke Wilayah Persekutuan Putrajaya masih tidak dibenarkan.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, larangan itu dibuat kerana Wilayah Persekutuan Putrajaya kini berstatus Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Seperti yang dilaksanakan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) 1.0, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah dianggap satu zon.

 

“Bagaimanapun, pergerakan dari Selangor dan Kuala Lumpur yang berstatus PKPB ke Putrajaya kini masih tidak dibenarkan bagi melindungi Putrajaya dari penularan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

 

Jelasnya, pergerakan dari Selangor atau Kuala Lumpur ke Putrajaya masih memerlukan kebenaran polis kecuali bagi mereka yang bekerja dan mempunyai surat majikan.

 

Sementara pergerakan rentas antara Selangor ke Kuala Lumpur adalah dibenarkan. 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Enam daerah tersebut adalah Ulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang, dan…
Berita Domestik
"Semua pihak diminta bersabar. Esok saya akan umum status PKP. Kalau saya umum hari ini, tidak jadi…
Berita Domestik
Sementara negeri Sarawak pula bermula pada 30 Mac hingga 12 April ini. Perintah Kawalan Pergerakan…