Pergelangan tangan putus ditemui di lokasi kereta terbakar

oleh Hamimah Hamid|
PERGELANGAN tangan manusia yang terputus ditemui di lokasi kebakaran kereta berhampiran Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, pagi tadi.

Bahagian anggota badan dengan kesan darah itu ditemui di atas jalan raya oleh anggota bomba yang bertugas memadamkan kebakaran terbabit.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun, Mohd Jamalludin Mat Yusop, berkata tiada anggota badan lain atau mangsa ditemui di lokasi kejadian.

 

Ujar beliau, setibanya di lokasi didapati kebakaran membabitkan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang nombor pendaftarannya tidak dapat dikenalpasti kerana musnah terbakar 95 peratus.

 

"Pihak bomba menerima panggilan mengenai kebakaran kereta pada am 11.16 pagi.

 

"Apabila anggota kita sampai semua mangsa yang terlibat tidak ada di lokasi, hanya pergelangan tangan manusia yang telah putus ditemui di lokasi kejadian,” katanya.

 

Ujar beliau, turut terdapat berdekatan kereta yang terbakar itu adalah sebuah kereta jenis Proton Saga dan Honda Accord yang dipercayai terbabit dengan perlanggaran.

 

Katanya, kes telah diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

 

Gambar: Bomba