Menurut laporan Sky TG24, pasangan itu menaiki sebuah Peugeot 3008 bersama dua penumpang lain. Salah seorang daripadanya, Amodio Valerio Giurni, 37 tahun, seorang pegawai bank, turut maut, manakala isterinya, Silvia Moramarco, 36 tahun, dihantar ke hospital Niguarda di Milan dengan helikopter dalam keadaan kritikal satu-satunya mangsa yang terselamat.

Pemandu warga emas terbabit, Egidio Ceriano, disahkan maut di lokasi kejadian. Menurut laporan Daily Mail, Ceriano menyedari dia terlepas plaza tol Marcallo-Mesero lalu membuat pusingan semula dengan Peugeot 207 miliknya tanpa menyedari dia memasuki laluan bertentangan. Difahamkan beliau telah memandu melawan arus sejauh lebih 6 kilometer sebelum bertembung secara berdepan dengan Peugeot 3008 pasangan itu. Kedua-dua kenderaan ketika itu dipandu pada kelajuan sekitar 130 km/j.
Sumber penuh: Jalopnik