Percutian mewah di Pangkor Laut Resort dengan setiap pembelian Passat

oleh SALINA JALIL|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) berbesar hati untuk menawarkan pelanggannya pengalaman percutian mewah di Pangkor Laut Resort bagi setiap pembelian model Passat.


Bermula sekarang hingga 30 April 2021, pelanggan yang membeli Passat Elegance dan R-Line akan menerima penginapan percuma secara eksklusif Pangkor Laut Resort. Bukan itu sahaja, Passat Elegance hadir dengan insurans percuma selama setahun bernilai RM5,500. Manakala Passat R-Line pula hadir dengan petrol percuma selama setahun bernilai RM2,500.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pengalaman percutian di Pangkor Laut Resort merangkumi penginapan selama dua malam untuk dua orang di Hill Villa yang menawarkan pemandangan laut dan taman tropika yang indah. Termasuk di dalam pakej itu ialah tiga hidangan setiap hari dan tetamu akan menerima satu sesi mengurut selama 50 minit di Spa Village Pangkor Laut yang memenangi anugerah. 

 


Pakej itu turut merangkumi perjalanan pergi balik menaiki bot laju dari Marina Island Pangkor ke tanah besar.

 


Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan bahawa pakej tersebut memberi peluang kepada pelanggan Volkswagen untuk menikmati keindahan Malaysia.


“Sekatan perjalanan yang dilaksanakan oleh kerajaan buat masa sekarang membuatkan kita tidak boleh bercuti dan lari daripada kehidupan kota yang sibuk. Menerusi kempen ini, kami gembira untuk menawarkan pelanggan peluang untuk menikmati dua pemenang anugerah secara sekali gus. Passat merupakan sedan saiz sederhana paling laris di dunia. Manakala Pangkor Island Resort sebelum ini dipilih sebagai ‘Nombor Satu di Dunia’ oleh Condé Nast Traveller.”  

 


Pangkor Laut Resort yang merupakan pemilikan peribadi ialah sebuah pulau yang terletak tiga batu dari pantai barat Malaysia di Selat Melaka. Konsepnya yang unik iaitu “Satu Pulau, Satu Resort” menjanjikan eksklusiviti, ketenangan dan  keharmonian. 

 

Pulau tersebut menempatkan sebuah resort dengan 140 buah villa dan lapan buah Estate yang bergabung dengan hutan seolah-olah alam semula jadi itu sebahagian daripada seni binanya.

 

 

Passat Elegance dan varian yang lebih sporty, Passat R-Line merupakan sedan saiz sederhana paling laris di dunia. Kedua-duanya dikuasakan oleh enjin turbo 2.0TSI yang dipadankan bersama kotak gear klac berkembar basah direct shift 7-kelajuan DSG untuk menjana kuasa 190PS dan tork 320Nm. Varian tertinggi R-Line juga dilengkapi dengan Dynamic Chassis Control (DCC) dan pelbagai ciri termaju untuk memberi pengalaman pemanduan dinamik yang sebenar. 

 


Dengan pengecualian cukai jualan sekarang, Elegance ditawarkan pada harga RM181,856 manakala R-Line berharga RM203,411.  

 


Pada 10 dan 11 April, para pengedar Volkswagen di seluruh negara akan menganjurkan acara The Passat Escape untuk menunjukkan ciri-ciri terbaik varian Elegance dan R-Line, di samping pelbagai tawaran serta promosi menarik. Pelanggan dijemput untuk mengikuti saluran media sosial pengedar yang mengambil bahagian atau mengunjungi mana-mana bilik pameran sah Volkswagen. 

 


Semua model Volkswagen hadir dengan penyelenggaraan percuma selama 3 tahun. Selain bantuan tepi jalan dan jaminan tanpa had perbatuan selama 5 tahun. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

 

Kami pernah membuat vlog tentang Passat ini di bawan ini:

 

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Touareg terbaharu kini sudah memasuki generasi yang ketiga, dan merupakan SUV pertama keluaran…
Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…