Percubaan balik beraya di kampung (rentas negeri), 3,212 kenderaan diarah patah balik!

oleh SALINA JALIL|
Jumlah kenderaan yang cuba balik kampung dengan merentas negeri terus menunjukkan peningkatan lebih sekali ganda kepada 3,212 kenderaan pada Selasa berbanding 1,633 pada Isnin.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, trend itu sekali gus menunjukkan masih ramai yang berminat untuk pulang ke kampung halaman bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri meskipun operasi ketat sedang dijalankan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Setakat semalam, beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan 216 sekatan jalan raya rentas sempadan negeri di seluruh negara dan melakukan pemeriksaan terhadap 318,082  kenderaan.



“Daripada seribu lebih yang kita anggap tinggi semalam, hari ini 3,200 lebih bermakna yang berminat nak balik kampung ni masih ramai dan cuba nak melepaskan sekatan jalan raya.



“Setakat ini polis tegas dan tidak membenarkan sesiapa pun untuk merentasi negeri untuk balik ke kampung.



"Hanya kes kecemasan sahaja dibenarkan dan mereka perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa,” katanya dalam sidang media harian di sini pada Rabu.

 

 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Tinjauan Astro AWANI di Plaza Tol Jalan Duta mendapati trafik masuk ke Kuala Lumpur berjalan…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Hussin Zamora berkata, pasangan itu ditahan selepas…
Berita Domestik
  Katanya, tinjauan trafik di tujuh plaza tol utama pada hari berkenaan juga mendapati berlaku…