Perbincangan gabungan Volvo-Geely bersambung tahun hadapan

oleh Mohamad Hanif|
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh CEO Volvo Hakan Samuelsson Rabu lalu, rundingan berkenaan penggabungan antara Volvo Cars dan Geely akan dimulakan semula bermula tahun hadapan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Samuelsson lagi, perbincangan tersebut dihentikan sementara waktu akibat usaha Geely untuk disenaraikan di dalam New Star Market Shanghai yang menghalang pengeluar tersebut daripada membuat sebarang perubahan terhadap struktur modalnya.

Sebagai makluman, Zhejiang Geely Holding Group berjaya memperoleh Volvo daripada Ford Motor pada tahun 2010.

 


Tambah Samuelsson, "suku pertama tahun hadapan adalah lebih realistik, dan kami melihat penggabungan ini boleh dibuat dari sudut yang berbeza, seperti perkongsian platform dan sebagainya.

Beliau sebelum ini turut membayangkan bahawa Volvo mampu untuk menjadi sebuah jenama elektrik sepenuh masa dalam tempoh 10 tahun lagi.

"Volvo amat berbangga dengan jenama sendiri, begitu juga Geely, dan mereka sendiri tidak mahu untuk menjadi sebahagian daripada gabungan yang lebih 'Eropah'. Jadi, ini adalah satu peluang bagi kami untuk membentuk pakatan yang baharu.
 


Tambah beliau lagi, Geely mempunyai akses kepada pembekal yang sangat efisien di China, dan terdapat potensi untuk melakukan lebih banyak perkara bersama mereka.

"Kita akan lihat apakah cara yang terbaik untuk terus maju."

Sumber: Automotive News Europe

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…
Berita Global
Seorang peminat tegar Lego, David Gustafsson kini merealisasikan meme tersebut dengan menghasilkan…