Perbarisan jentera BMW M di Pavillion Bukit Jalil 18 Disember ini

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan musim perayaan, BMW Malaysia akan menampilkan barisan jentera berprestasi BMW M di Pavilion Bukit Jalil menerusi kolaborasi bersama BMW M Owners Club.

Acara yang akan berlangsung pada Sabtu, 18 Disember 2021 ini akan menjadi titik permulaan bagi sambutan ulang tahun BMW M yang ke-50 yang diasaskan pada Mei 1972.

Pada ketika itu, BMW M memperkenalkan projek perlumbaan sulung menggunakan jentera BMW 3.0 CSL yang merupakan unit himologasi bagi perlumbaan European Touring Car Championship, di mana sebanyak 1,265 unit sahaja pernah diproduksikan.

Selain daripada perbarisan jentera BMW M, acara ini akan turut menampilkan aktivisi sumbangan hadiah oleh anggota BMW M Owners Club kepada kanak-kanak daripada Rumah Charis.

Perbarisan kenderaan BMW M akan dibuka untuk tatapan umum, dan para pemilik BMW M yang berminat boleh mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman Instagram BMW M Owners Club.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, ia dijelmakan semula dan direalisasikan sebagai sebuah model yang paling eksklusif pernah…
Berita Domestik
Acara komuniti BMW M ini dianjurkan oleh kelab tempatan M4NTAP , disertai lebih 50 buah BMW yang…
Berita Domestik
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia Hans de Visser,  berkongsi, “Tahun ini, sementara kita meraikan…