Peraturan yang lebih ketat untuk pengguna motosikal di Singapura bermula 2023

oleh Mohamad Hanif|
National Environment Agency (NEA) bakal mengenakan peraturan pelepasan emisi yang lebih ketat untuk pengguna motosikal yang akan berkuatkuasa bermula 6 April 2023 sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kualiti udara di Singapura.
Modenas

Berdasarkan pengumuman yang dibuat semalam (7 April), motosikal lama yang didaftarkan sebelum 1 Julai 2003 perlu diperiksa bagi memastikan ia kekal mematuhi regulasi yang telah ditetapkan.

"Motosikal lama ini boleh terus digunakan sehingga 30 Jun 2028 selagi ia memenuhi peraturan baharu itu," jelas NEA.

Pemeriksaan terhadap motosikal ini boleh dibuat menerusi VICOM Inspection Centre, JIC Inspection Centre dan STA Vehicle Inspection.

Selain daripada motosikal pendaftaran tempatan, motosikal pendaftaran asing juga perlu mematuhi standard pelepasan emisi baharu yang bakal berkuatkuasa pada 6 April 2023.

 


"Denda yang dikenakan adalah sama untuk kedua-dua motosikal pendaftaran tempatan dan asing, malah motosikal pendaftaran asing yang memiliki rekod saman yang tertunggak juga boleh dikenakan larangan kemasukan ke Singapura," tambah NEA lagi.

Sementara itu, motosikal klasik yang didaftarkan sebelum 1 Julai 2003 tidak lagi dibenarkan digunakan atas jalan raya selepas 30 Jun 2028, melainkan motosikal yang didaftarkan di bawah skim Classic, Vintage (Restricted) dan Revised Vintage Vehicle Schemes.

Namun bagi pemilik yang mahu terus menyimpan motosikal lama, NEA sedang meneroka satu skim sementara yang membenarkan motosikal tempatan yang didaftarkan antara 2 Julai 1993 hingga 30 Jun 2003 untuk terus dikekalkan selepas 30 Jun 2028 sehingga mereka dibenarkan untuk memohon di bawah Skim Kenderaan Klasik (kenderaan berusia 35 tahun).

NEA juga akan mengumumkan peraturan pengeluaran bunyi standard untuk kenderaan dan sistem ekzos aftermarket berdasarkan undang-undang yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bermula 1 April 2023.

Sumber: CNA

Add new comment

Berita Berkenaan

Informasi
  “Kami berbesar hati dapat berkongsi kelebihan Aruz – antaranya ruang yang luas, tahap…
Berita Domestik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dan Menteri Pengangkutan Singapura dalam kenyataan…
Berita Global
Ladang solar terapung ini dikendalikan oleh Sunseap Group, dan mengambil masa hampir setahun untuk…