Menurut wakil daripada VW bercakap kepada laman automotif Autocar, homologasi terbaharu itu melibatkan sistem adaptasi pemulihan gas ekzos termasuklah pengeluaran kuasa.
"Jadi, mulai hari ini, kesemua unit Golf R hadir dengan enjin 2.0 liter turbo berkuasa 296 bhp," tambah beliau.
Walaupun VW tidak mendedahkan sebarang data teknikal yang menunjukkan bagaimana kuasa output telah berubah, ia menunjukkan bahawa peraturan pelepasan emisi kini semakin ketat dikeluarkan oleh WLTP yang menggunakan data daripada ujian sebenar, berbanding NEDC (New European Driving Cycle) yang menggunakan data daripad ujian makmal semata-mata.
Ini menyebabkan syarikat tersebut terpaksa menggunakan sistem ekzos yang lebih mesra alam supaya dapat mengurangkan kadar pengeluaran nitrogen oksida yang mencemarkan alam sekitar.