Peraturan penggunaan cermin gelap akan jadi lebih jelas

oleh ONNY IZWAN|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Mulai 1 Januari, semua keluaran kenderaan yang baharu didaftar akan diharuskan untuk mematuhi standard piawaian filem cermin gelap MS2669, yang telah ditetapkan oleh Jabatan Standard Malaysia.

 

Oleh itu, akan berakhirlah penjualan filem-filem cermin gelap yang tidak dibenarkan apabila peraturan ini berkuatkuasa nanti. 

 

tint1

 

Untuk mengelakkan kekeliruan dan penipuan di kedai pemasangan filem cermin gelap, filem jenis baharu ini akan disertakan dengan tanda QR Code Security dan pihak penguatkuasa hanya perlu mengimbas kod tersebut menggunakan aplikasi yang berkenaan untuk mendapatkan spesifikasi lengkap.

 

Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang merasmikan Standard Mekanisma Filem Gelap di Malaysia semalam berkata dengan panduan piawaian yang baharu ini, ia akan memudahkan tugas pegawai-pegawai penguatkuasa nanti, tetapi ia juga akan mengelak dari penipuan dari pembelian filem cermin gelap yang tidak dibenarkan.

tint2

‘Standard piawaian MS2669 ini telah di anjurkan oleh AAA (Auto Audio Accessories and Air-Condition Traders Association) dan disokong antara lain oleh Kementerian Pengangkutan dan Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS).

 

“Dengan adanya mekanisma ini, semua perbalahan tentang peratus kegelapan filem cermin yang dibenarkan akan selesai,” kata Liow.

 

tint3

 

Filem MS2669 dengan ciri kod QR yang diiktiraf ini dijangka akan dijual di kedai-kedai AAA yang berdaftar sebelum tibanya 1 Januari 2018. Ciri ini disertakan dengan percuma.

 

“Bagi pengguna-pengguna kereta yang ada sekarang, selagi kadar minimum kemasukan sinaran cahaya (VLT) cermin kereta anda mematuhi dengan peraturan, anda tidak perlu mengganti cermin gelap anda yang sedia ada.

 

“Akan tetapi, selepas 1 Januari 2018, semua pendaftaran baharu kenderaan akan hanya dibenarkan menggunakan filem gelap yang mematuhi piawaian MS2669,” tambahnya lagi.

 

Pengguna-pengguna dinasihatkan untuk pergi ke pusat Puspakom atau penjual filem cermin gelap untuk memastikan kadar kegelapan cermin mereka.

 

 

 

SaveSave

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sejak kejadian, pasukan khidmat pelanggan Chery telah berhubung rapat dengan pelanggan dan telah…
Berita Domestik
"Ia juga bakal menarik minat pelabur-pelabur yang mahu membawa masuk teknologi terkini dalam…
Informasi
Katanya, ia dapat membantu mengenal pasti tahap keselamatan kenderaan menggunakan peralatan…