Peraturan lebih ketat untuk e-hailing (Grab dll) - objektif utama lindungi hak pengguna tetapi ...

oleh HEZERI SAMSURI|
Perkhidmatan e-hailing seperti Grab, MyCar dan lain-lain bakal dikenakan undang-undang lebih ketat pada 12 Julai nanti.

Kategori lesen "e-hailing" akan diperkenalkan untuk industri tersebut, seraya dengan peraturan tersebut yang lebih melihat kepada perlindungan yang adil untuk semua.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Contohnya, polisi industri yang dibayar sekarang oleh pengamal e-hailing tidak begitu lengkap kerana kenderaan yang digunakan untuk perniagaan perlu memiliki insurans kenderaan komersil.

Dalam laporan Careta pada bulan Julai tahun lalu, industri e-hailing perlu mengubah sistem operasi mereka untuk memastikan perkara-perkara di bawah dilakukan:

  • Syarikat e-hailing hanya boleh mengambil komisen tidak lebih dari 20 peratus bayaran tambang yang diterima pemandu.
  • Syarikat e-hailing dan pemandu hanya boleh meningkatkan harga tambang sebanyak maksimum dua kali ganda sahaja dari harga biasa semasa waktu puncak.
  • Pemandu perlu memuat-naik gambar MyKad atau pasport sah ketika mendaftar.
  • Pemandu e-hailing perlu membayar RM200 untuk menduduki kelas latihan pemanduan selama enam jam. Kelas diadakan oleh pusat latihan yang ditauliahkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), pengganti SPAD.
  • Kereta yang boleh digunakan untuk pula harus melepasi tahap penarafan keselamatan 3 bintang mengikut piawaian yang dikeluarkan oleh ASEAN NCAP.  
  • Bagi kereta yang berusia lebih tiga tahun pula, pemeriksaan di PUSPAKOM harus dilakukan setahun sekali (teksi perlu dilakukan setiap tahun, walaupun kenderaan baharu).
  • Perlindungan insurans yang baharu khas untuk e-hailing perlu merangkumi pemandu, penumpang, kenderaan dan pihak ketiga diperlukan sebelum dibenarkan beroperasi. Nilai polisi insuran ini lebih tinggi kerana ia dianggap kenderaan komersil.

 

 

Antara info terbaharu yang Careta difahamkan ialah pemandu e-hailing yang bebas dari rekod jenayah sahaja yang boleh menerima sijil PSV dari APAD. 

Walaupun kenderaan e-hailing bakal diletakkan di bawah kategori komersil, ia akan membayar cukai jalan mengikut kelas kenderaan persendirian.

Kenderaan e-hailing akan diletakkan dengan tanda agar orang awam boleh membezakannya dengan kenderaan biasa. Ini juga membantu di plaza-plaza tol kerana kenderaan e-hailing akan menerima kadar tol teksi yang lebih rendah.

Menurut laporan Malaysiakini, negara mempunyai 258,000 pemandu e-hailing sekarang ini dan jumlah itu mungkin akan turun sebanyak 90 peratus selepas undang-undang baharu dilaksanakan 12 Julai kelak.

Ini mungkin kerana pemandu sambilan e-hailing tidak mahu mendaftarkan kenderaan mereka secara rasmi sebagai kenderaan komersil.

 

TEKSI NAKAL

 

Undang-undang baharu e-hailing bakal membantu industri teksi yang sudah mengalami kejatuhan mendadak bila e-hailing diperkenalkan dalam tahun 2013.

Namun begitu Careta merasakan hanya perkhidmatan teksi yang menggunakan sistem atas talian sama seperti sistem e-hailing dengan kadar tambang yang diwartakan sahaja akan menjadi relevan.

Teksi yang menggunakan sistem e-hailing juga lebih mudah untuk dikawal kerana sekarang ini, tidak ada cara yang efektif untuk mengawal disiplin pemandu teksi. 

Sistem e-hailing boleh "menghukum" pemandu bermasalah dengan membuang mereka dari sistem itu. Sayangnya mereka masih boleh beroperasi sebagai teksi biasa.

Pihak kerajaan perlu lebih serius di dalam kawalan perkhidmatan teksi yang nyata mempunyai imej yang buruk bukan sahaja di mata rakyat, tetapi juga dari kacamata pelancong yang datang dari seluruh dunia.

Kerana nila setitik, habis satu negara terpalit minyak gris hitam di muka.

Kerajaan juga perlu faham antara punca kenapa e-hailing diperkenalkan - menjana pendapatan sampingan untuk rakyat.

Sekiranya kos operasi meningkat dan proses pendaftaran untuk menjadi pemandu e-hailing lebih sukar, ia akan menutup pintu rezeki tambahan kepada ratusan ribu pemandunya.

 

* Gambar utama dari papagrab.com

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Baru-baru ini, syarikat ride-hailing Bolt itu telah menyenaraikan di LinkedIn untuk jawatan…
Berita Domestik
Mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dengan penurunan kadar asas daripada RM5 kepada RM4.…
Berita Global
Menurut satu kenyataan, syarikat yang berpangkalan di Berlin itu merancang untuk menjual…