Peraturan cermin gelap - ada lagi rombakan hari ini?

oleh HEZERI SAMSURI|
Semalam kami menerima jemputan media ringkas untuk satu lagi mesyuarat bersama media dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkaitan peraturan cermin gelap.

Ia bakal berlangsung tengah hari ini.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Peraturan cermin gelap yang baru diumumkan oleh Menteri tersebut dua hari lepas nampaknya dikritik hebat oleh penyokong keselamatan jalanraya dan juga pihak polis.

Semalam, beberapa wakil dari PDRM berkata cermin gelap itu memudahkan penculik atau pengganas menyorok di dalam kenderaan.

Berapa banyak kes sebegitu pernah berlaku tidak dapat dipastikan kerana dari pengalaman kami pengamal media, pihak polis jarang sekali tampil dengan fakta kajian.

Mungkin jika jumlah kes kenderaan bercermin gelap terbabit dalam penculikan dan kes pengganas itu tinggi, rasanya ramai pengguna akan bersetuju untuk kembali menggunakan cermin cerah.

Jika ia berdasarkan kajian "pengalaman" dan "rasa hati", saya rasa itu tidak profesional dan memalukan kerana dari apa yang ramai nampak, tindakan menghalalkan cermin gelap di belakang ini mampu menurunkan risiko rasuah.

Untuk penggiat-penggiat keselamatan jalanraya, seperti biasa mereka pasti membangkang kerana ia cara paling lantang dan cepat. 

Tidak ramai yang sanggup menghulur bantuan dari segi bahan-bahan dan artikel kepada media secara percuma untuk mendidik masyarakat berkaitan keselamatan jalanraya.

Menghasilkan bahan pendidikan secara percuma memang sukar bukan? 

Membangkang dan memberi komen lebih senang, jadi memang normal kalau mereka ini tidak dilayan.

Menteri Anthony Loke juga pastinya tidak gembira jika beliau dipaksa untuk membuat U-turn kerana ia akan menjadi bahan jenaka pembangkang.

Terus terang saya katakan, YB Anthony ialah Menteri Pengangkutan paling pro-aktif pernah saya alami selama saya memegang lesen memandu.

Mungkin dalam masa beliau hendakkan sesuatu berlangsung dengan segera, beliau telah "langkau bendul" dan dalam kes ini, bendul itu ialah pihak polis nampaknya.

Mungkin kajian di masa hadapan perlu melibatkan bendul-bendul ini agar tidak lagi berlaku kekecohan seperti sekarang.

Apapun, masalah peraturan cermin hitam saya kira belum lagi sampai membunuh puluhan pengguna jalanraya.

Dalam masa kes kematian akibat kemalangan jalanraya negara kita semakin meningkat, kita boleh lihat mereka-mereka yang "berkuasa" ini bising dan memekak mengenai sesuatu yang remeh.

Can we move on? 

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
“Saya berpendapat bahawa kita tidak boleh larang hanya sebab ada satu masalah timbul maka terus…
Berita Domestik
"Sekiranya bayaran kompaun tidak diselesaikan dalam tempoh tiga bulan, kes akan dibawa ke mahkamah…
Informasi
Menurutnya, Kementerian Pengangkutan melalui JPJ pada Mei 2019 telah memperkenalkan peraturan…