Peraturan bunyi bising penamat riwayat Nissan GT-R di Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Selepas 13 tahun dijual, Nissan akhirnya membuat keputusan untuk menamatkan produksi model kereta sports Nissan GT-R di Eropah termasuk di UK pada akhir bulan ini.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Penamatan tersebut adalah disebabkan oleh pelaksanaan undang-undang baharu berkenaan bunyi bising yang akan dilaksanakan di Eropah dan UK pada 1 Julai 2022.

Undang-undang baharu ini menyasarkan pengurangan bunyi bising terutama kepada pejalan kaki dan penduduk yang tinggal berdekatan dengan jalan raya, dan bakal diperketatkan pada tahun 2026 dengan had bunyi bising kepada angka 68 dB sahaja. 

Menurut laporan Autocar, unit-unit terakhir GT-R akan tiba di UK menjelang musim panas ini, dan tiada sebarang berita berhubung kehadiran model pengganti kereta sports ikonik itu.
 

GTR


Ini sekaligus menjadi satu berita yang kurang menyenangkan buat para peminat Nissan di sana, memandangkan sebuah lagi model kereta sports pacuan roda belakang Nissan Z juga tidak dijual di negara tersebut disebabkan peraturan emisi.

Dalam siaran media sebelum ini, Nissan Australia secara tidak langsung mengesahkan berhubung kehadiran model generasi baharu Nissan GT-R setelah mengumumkan penamatan penawaran model R35 di negara itu disebabkan oleh regulasi baharu berkenaan pelanggaran sisi kenderaan.

Bercakap berkenaan pelancaran model T-Spec yang dilancarkan sebelum ini,  pengarah urusan Nissan Australia, Adam Paterson menyebut, "ini bukan pengakhiran sebenar bagi GR-R di Australia, akan tetapi penutup kepada generasi terkini model ini (GT-R R35).

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Antara perubahan yang dibawakan ialah trenkuasa hibrid baharu yang lebih berkuasa, di samping kemas…
Berita Global
Menurut data daripada JATO Dynamics (seperti yang dilaporkan oleh Motor1), angka jualan AMG…
Berita Global
Jenama yang dimaksudkan itu terdiri daripada Omoda, Jaecoo dan Exlantix.   Terdapat juga…