Peraturan baru FIA - Berat badan maksima bagi pelumba bakal ditetapkan kepada 80kg

oleh Afandi Che Muhamad|
Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) hari ini dikatakan bakal membenarkan pelumba dengan berat 80 kilogram (kg) dan ke bawah sahaja untuk meneruskan perlumbaan pada musim 2019.

Peraturan baru itu dicadangkan bagi diselarikan dengan had maksima bagi berat jentera keseluruhan yang ditetapkan, 740kg.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk makluman, berat keseluruhan bagi jentera perlumbaan sahaja berjumlah 660kg. Jumlah itu meningkat 6kg, jauh lebih berat berbanding jentera pada musim lalu.

Difahamkan, cadangan penambahan berat bagi musim 2019 tahun itu perlu dikaji semula kerana kehadiran pelindung kokpit Halo seberat 15kg.

Harus diketahui, pelindung kokpit tersebut diwajibkan bagi perlumbaan musim 2019.

Justeru, perkara itu wajar dibincangkan semula oleh FIA sebelum mereka tampil dengan keputusan muktamad.

Terdahulu, cadangan itu mendapat perhatian hangat dalam kalangan pelumba di mana mereka bersedia untuk cuba melakukan diet khusus dalam memastikan berat badan dimiliki bersesuaian dengan had yang dibenarkan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dia berdepan dengan 27 pertuduhan, di mana 24 daripadanya melibatkan suapan sebagai penjawat awam,…
Sukan Bermotor
Pada Khamis lalu bertempat di Hungaroring, Hawkins telah melakukan 26 pusingan dalam jentera F1…
Sukan Bermotor
Menurut laporan Daily Mail, Hamilton yang kini berusia 38 tahun itu mahu berlumba sehingga umur 43…