Peraturan baharu Formula 1 - apa yang perlu tahu?

oleh Firdaus Razani|
Fédération Internationale de l'Automobile (FIA), badan pentadbir acara perlumbaan kereta, baru-baru ini memperkenalkan peraturan baharu Formula One (F1) bermula tahun 2026 dan seterusnya,

Badan induk F1, FIA telah melancarkan set peraturan "tangkas, berdaya saing, lebih selamat dan lebih mampan" yang akan menentukan sukan itu dari 2026.

 

f1

 

Peraturan aerodinamik yang disemak akan berfungsi seiring dengan peraturan unit kuasa baharu, yang termasuk peningkatan kuasa bateri dan penggunaan 100 peratus bahan api mampan.

 

f1

 

Mulai 2026 dan seterusnya F1 akan mempunyai:

 

  • Kereta yang lebih tangkas, dengan 30kg lebih ringan yang dijangka bakal memberi aksi perlumbaan lebih menarik.
  • Unit kuasa yang direka bentuk semula menampilkan kuasa bateri yang dipertingkatkan dan pemisahan yang sekata antara enjin pembakaran dalaman dan kuasa elektrik serta penggunaan 100 peratus bahan api mampan.
  • Aerodinamik aktif pada sayap depan dan belakang yang boleh bergerak untuk membolehkan perlumbaan lebih sengit.

 

f1

 

  • Peningkatan peluang memotong melalui pengenalan sistem baharu yang memberikan pemandu kuasa bateri tambahan apabila dalam masa satu saat dari kereta di hadapan.
  • Keselamatan yang dipertingkatkan melalui struktur yang lebih kukuh dan ujian yang lebih sukar.
  • Enam pengeluar unit kuasa; Ferrari, Mercedes, Ford, Honda, Renault, Audi

 

Peraturan teknikal baharu yang diperbaharui dan ditetapkan oleh FIA, bakal disahkan oleh Majlis Sukan Permotoran Dunia pada 28 Jun.

 

Unit kuasa ditetapkan untuk memberikan lebih kuasa

Walaupun kuasa daripada unit hibrid telah menurun daripada 737-750HP kepada 536HP, elemen bateri telah meningkat dengan ketara daripada 160HP kepada 469HP – peningkatan hampir 300 peratus dalam kuasa elektrik.

 

f1

 

Kereta lebih ringan dan lebih kecil

Dalam usaha untuk mencipta kereta yang lebih tangkas, jarak roda maksimum telah dikurangkan sebanyak 200mm kepada 3400mm manakala lebar telah dikurangkan sebanyak 100mm kepada 1900mm.

Berat juga telah dikurangkan, dengan kereta 2026 ditetapkan untuk mempunyai berat minimum 768kg, turun 30kg berbangding dari kereta tahun 2022.

 

f1

 

FIA juga mengatakan bahawa downforce telah dikurangkan sebanyak 30 peratus dan drag sebanyak 55 peratus.

Saiz roda 18-inci Pirelli yang diperkenalkan pada 2022 akan kekal, namun lebar tayar hadapan 2026 telah dikurangkan sebanyak 25mm dan bahagian belakang sebanyak 30mm berbanding kereta generasi sebelumnya.

 

Inovasi aero baharu

FIA berkata kereta 2026 akan boleh ditukar antara dua konfigurasi, sama ada untuk meminimumkan penggunaan bahan api atau untuk memaksimumkan prestasi selekoh.

Sistem aerodinamik aktif serba baharu, melibatkan sayap depan dan belakang boleh alih, bakal diperkenalkan.

Ini akan membolehkan kelajuan selekoh yang lebih besar dengan satu sudut sayap digunakan.

 

 

Drag yang lebih rendah dan kelajuan garis lurus yang lebih besar akan dapat dilakukan apabila sudut kedua digunakan.

Sistem baharu ini boleh digunakan di zon seperti yang digunakan untuk bantuan memintas DRS (Drag Reduction System) semasa.

 

Kearah keselamatan yang lebih baik

FIA telah menyemak semula peraturan struktur impak hadapan, dengan memperkenalkan reka bentuk ‘front nose’ baharu untuk mengurangkan risiko pada impak awal.

 

f1

 

Peraturan bagi perlindungan di sekeliling pemandu dan kawasan sel bahan api telah dipertingkatkan.

 

Kemampanan ialah fokus utama peraturan 2026

Walaupun unit kuasa Formula 1 semasa sudah menjadi yang paling cekap di dunia, dalam F1 dan usaha FIA untuk mencapai Karbon Sifar Bersih menjelang 2030, unit kuasa 2026 akan menggunakan bahan api yang mampan sepenuhnya.

 

f1

 

Akan terdapat penggunaan kuasa elektrik yang lebih besar dalam unit 2026 dengan peralihan ke arah pengagihan kuasa elektrik 50 peratus dan 50 peratus kuasa thermal.

 

 

SUMBER : F1

Berita Berkenaan

Berita Global
Topi keledar tersebut dikhabarkan bakal dilelong di Bonhams Cars Miami.     Sejarah disebalik…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…
Berita Global
Kehebatan kejuruteraan pasukan itu tidak dapat dinafikan lagi dan kali ini Red Bull bakal…