Peraturan baharu cermin gelap kekal - Anthony Loke

oleh HEZERI SAMSURI|
Sidang akhbar yang baharu diadakan sebentar tadi melihat Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bertegas untuk mengekalkan peraturan baharu cermin gelap yang telah diumumkan oleh beliau Selasa lalu.

Menurut Anthony, pindaan yang dilakukan tidak bercanggah dengan resolusi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam akta kenderaan UN ECE R43.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

\"Peraturan untuk cermin hadapan dan cermin-cermin sisi pemandu masih kekal. Yang diubah hanya cermin belakang dan cermin sisi penumpang belakang," ujar beliau.

Beliau menegaskan undang-undang UN itu merujuk kepada dua cermin di hadapan sahaja dan semua negara bebas menurut peraturan sendiri untuk cermin-cermin lain.

"Kita ikut negara Jepun kerana banyak kenderaan kita datang dari negara itu," terang menteri tersebut.

Di bawah ialah sebab-sebab yang diberikan oleh Anthony kenapa peraturan cermin gelap kenderaan itu dipinda.

  • Memudahkan pengguna yang membeli kenderaan "recond" dari Jepun. Kini mereka tidak perlu "menyewa" cermin gelap untuk mendaftarkan kenderaan mereka.
  • Ia terbuka untuk semua jenis kenderaan kerana tidak adil jika ia dikhususkan untuk MPV dan SUV sahaja.
  • Ia mendatangkan hasil kepada kerajaan kerana sejak tahun 2011, ada lebih dari 17,000 kenderaan yang diluluskan penggunaan cermin gelap. Jika semua pemohon ini membayar RM5,000, kerajaan akan menjana pendapatan lebih dari RM85 juta.
  • Ia mengurangkan risiko rasuah kerana sebelum ini, beliau mendakwa ada "orang dalam" yang mengambil bayaran sehingga RM8,000 untuk membantu meluluskan permohonan guna cermin gelap.

Anthony juga menjawab kritikan mantan Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai yang berkata peraturan baharu ini hanya untuk menjana pendapatan kepada kerajaan.

"Mereka yang mahu menggunakan cermin gelap ini ialah dari golongan berkepentingan tinggi dan semestinya, mereka mampu untuk membayar fi RM5,000 itu," ujarnya.

"Semua orang memang boleh memohon untuk menggunakan cermin gelap tetapi kelulusan ialah dalam tangan komiti cermin gelap. Mereka akan mengkaji alasan yang diberikan dan melihat samada pemohon itu berhak untuk menggunakan cermin gelap."

"Tak perlu cari saya untuk minta kebenaran guna cermin gelap untuk seluruh kenderaan. Layak atau tidak, ia bergantung kepada keputusan penyiasatan komiti," tegas Anthony.

Beliau juga memberitahu ada kategori yang dibenarkan menggunakan cermin gelap untuk keseluruhan kenderaan. Antaranya ialah pesakit kulit/mata, Perdana Menteri dan keluarga diRaja.

Menteri itu juga menolak dakwaan pihak Kementerian Pengangkutan tidak mengambil berat pandangan polis.

"Kami kaji balik apa yang pernah dikatakan oleh pihak polis sebelum ini. Polis sendiri pernah memberi kenyataan tidak ada bukti peningkatan jenayah dengan penggunaan cermin gelap," katanya sambil menambah pihak polis kini mempunyai pelbagai cara untuk mengesan penjenayah.

"Di China, kamera-kamera diletakan di merata-rata kawasan untuk memerhati dan mengecam wajah penjahat," terang beliau.

Untuk mereka yamg telah pun mendapat kelulusan penggunaan cermin gelap untuk keseluruhan kenderaan, mereka perlu memohon kembali selepas tempoh itu tamat.

"Buat masa sekarang, ada tempoh tiga bulan untuk mereka memohon. Kepada yang sudah mendapat kelulusan dari kerajaan dahulu, ia bertahan cuma tiga tahun sahaja dan selepas itu, mereka perlu membayar untuk meminta pelepasan seterusnya," kata Anthony.

"Dari saya gembirakan orang-orang kenamaan, baik saya mencari duit untuk kerajaan," kata Anthony dengan nada bersahaja.
 

* Untuk membaca laporan terdahulu berkaitan peraturan cermin gelap baharu, sila ke pautan di bawah.

https://careta.my/article/penggunaan-cermin-lebih-gelap-kini-dibenarkan-untuk-bahagian-penumpang-menteri-pengangkutan

Berita Berkenaan

Informasi
  "Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah meluluskan sebanyak 218 bas tambahan setakat 29 Mac…
Berita Domestik
"Projek ECRL telah memasuki fasa baharu pembinaan sejak 2023, dengan kerja-kerja infrastruktur juga…
Berita Domestik
"Cabaran yang dihadapi dalam proses perincian sekarang ialah perbandingan kapasiti (CC) kereta ICE…