Perasaan marah - tak perlu carut, aibkan orang lain

oleh Mohamad Hanif|
Sejak kebelakangan ini, tular klip video dan juga catatan pengalaman pemandu kenderaan yang pernah berhadapan dengan situasi dihina, diugut atau disembur dengan perkataan dan isyarat kurang sopan hanya kerana berada di dalam situasi salah faham.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kurangnya sifat tidak bertimbang rasa semasa memandu di atas jalan raya juga boleh menjadi punca kepada pergaduhan hanya kerana kesilapan kecil yang boleh dilelakkan.  

Pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menerusi laman rasmi Facebook mereka telah berkongsi maklumat berikut: 

Mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 menyatakan:

“Sesiapa pun yang menggunakan perkataan-perkataan yang kurang sopan, mengugut, aib atau menghinakan atau berkelakuan dengan cara mengugut atau menghinakan, atau menampalkan, atau melekatkan atau mempamerkan sebarang kertas bertulis atau lukisan yang kurang sopan, mengugut, aib atau menghinakan dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk menganggu keamanan, atau di mana keamanan mungkin terganggu boleh dikenakan denda yang tidak melebihi seratus ringgit.”

Janganlah kerana terlalu mengikutkan nafsu amarah yang meluap-luap, kita sesuka hati melepaskan kemarahan tersebut tanpa menyedari ia mampu memberikan kesan yang buruk terhadap kita, dan mungkin juga dikenakan hukuman jenayah. 

Adalah penting sebagai pengguna jalan raya untuk lebih mendidik jiwa supaya menanam lebih sifat sabar di dalam diri daripada terus bertindak melulu, dan dipenghujung hari terpaksa bermuka tebal kerana rakaman aksi tidak siuman kita telah tular ditonton oleh ratusan ribu pengguna media sosial. 
 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sekiranya ditangkap mencaci pemandu lain secara lisan atau isyarat tangan, pemandu kenderaan…
Berita Global
  Menurutnya, masalah itu berlaku kerana salah faham penunggang motosikal berkenaan terhadap…
Berita Global
Menurut laporan Europe Autonews, seorang pengguna Norway yang mengalami kemalangan kecil dengan…