PERARAKAN DIIRING HELIKOPTER DAN KUDA LANGGAR SOP MKN

oleh Hamimah Hamid|
POLIS mengesahkan video tular perarakan kematian seorang pemilik kedai pakaian tradisional India tertua di Ipoh yang diiringi helikopter dan kuda melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, satu laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada mereka mempunyai permit mengadakan perarakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Kita akan lihat sama ada mereka ada memohon kebenaran untuk mengadakan perarakan. Kalau ikut SOP ditetapkan MKN, perarakan memang tidak dibenarkan terutama melibatkan kematian.

“Siasatan juga bagi mengetahui adakah mereka telah mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk helikopter tersebut terbang rendah,” katanya.

Ariel.view of perarakan

Beliau berkata demikian kepada media selepas pelancaran Op Cegah Jenayah Khas Kontinjen Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Ipoh malam tadi.

Menurut Datuk Mior Faridalathrash, siasatan insiden itu dijalankan daripada pelbagai sudut bagi melihat sekiranya wujud kesalahan-kesalahan lain.

“Yang pasti, ada pelanggaran SOP iaitu perarakan. Apa pun, siasatan sedang dijalankan dan apabila siasatan selesai, kita akan ambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Video perarakan kematian berdurasi 30 saat itu tular di media sosial sejak semalam yang memaparkan konvoi ke lokasi pengebumian diiringi khidmat helikopter terbang rendah dan kuda.