Peranti pembaca tol terbina dalam LokaTAG dilancarkan

oleh SALINA JALIL|
Lokatech Engineering Sdn Bhd, dengan kerjasama EFKON, penyelia teknologi dari Austria bagi sistem kutipan tol elektronik inframerah di seluruh Malaysia, telah melancarkan pembaca tol terbina dalam yang pertama untuk segmen selepas pasaran.

Dijual pada harga RM499 seunit, peranti pembaca tol terbina dalam LokaTAG menawarkan alternatif kepada penggunaan MaxTAG mudah alih yang dilancarkan dalam bulan Oktober 2018.


LokaTag direka supaya dapat diintegerasikan dengan kenderaan pengguna secara langsung dengan sambungan terus kepada bateri kenderaan. Ia sesuai untuk semua jenis kenderaan dan menampilkan paparan dengan pencahayaan belakang yang tahan lama untuk memaparkan amaran ralat atau kekurangan baki kredit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menerusi usahasama dengan Shopee Malaysia (www.shopee.com.my),  setiap pembelian LokaTAG dari gedung rasmi atas talian, para pembeli di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor akan dapat menikmati pemasangan percuma di lokasi mereka.

 

Turut disediakan adalah Pelan Bayaran Mudah, kadar faedah sifar (0 peratus) dan hanya dengan tambahan RM1. Pelanggan di luar kawasan tersebut pula boleh memasang LokaTAG secara percuma dengan pengedar berdaftar yang terpilih. 
 

 

Menurut pengarah EFKON Asia Sdn Bhd Helmuth Blasch, jualan MaxTAG amat laris sejak diperkenalkan pada tahun lepas dengan peningkatan pesanan dan ini menunjukan bahawa sistem inframerah tetap menjadi pilihan pengguna lebuh raya kerana telah terbukti dari segi kebolehpercayaan dan kecekapannya. 

 

“Sambutan pasaran terhadap peranti MaxTAG mudah alih cukup menggalakkan di mana purata jualan bulanan mencecah 12,000 unit. Bagi peranti pembaca tol terbina dalam (build in Smart Reader) pula, kini terdapat lima jenama kereta terkemuka yang menggunakan produk kami yang direka khusus mengikut keperluan jenama tersebut.  Beberapa jenama lain bakal turut serta tidak lama lagi.  Kini purata jualan bulanan untuk kedua-dua jenis peranti (mudah alih dan terbina dalam) berjumlah 25,000 unit,” ujar beliau.

 

 

Pengurus Besar LokaTech Engineering Sdn Bhd, Ng Shyh Kang yakin dengan potensi dalam segmen selepas pasaran yang masih belum diterokai.

 

“LokaTAG merupakan peranti pembaca tol terbina dalam bagi segmen selepas pasaran yang pertama dan diiktiraf. Kami percaya bahawa ramai pemilik kereta yang akan menghargai ketenangan fikiran dan perjalanan lancar yang bakal dialami. Untuk peringkat permulaan, kami menyasarkan jualan sebanyak 1,000 unit sebulan,” kata beliau. 

 

Menurut Blasch, EFKON sentiasa membuat pelaburan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan untuk mempertingkatkan ciri-ciri peranti pembaca tol elektronik inframerah.

 

Ini termasuk melengkapkan peranti dengan sambungan bersama Bluetooth dan keupayaan amaran suara pada masa akan datang. Sambungan Bluetooth akan membolehkan pengguna berinteraksi dengan peranti pembaca tol dengan menggunakan telefon pintar dan sistem audio kenderaan.

 

“Kami menjangkakan sistem kutipan tol elektronik inframerah akan terus memainkan peranan yang penting di negara ini. Sistem ini terbukti sebagai sistem kutipan tol tanpa tunai yang paling boleh diharap, cekap, mudah dan efektif dari segi kos dalam membantu melancarkan aliran lalu lintas berbilang lorong di lebuh raya di Malaysia,” kata beliau.


 

 

Sistem kutipan tol inframerah di lebuh raya Malaysia secara umumnya dikenali  sebagai SmartTag telah dihasilkan dalam tahun 1997 dan digunapakai di seluruh negara dalam tahun 2005.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai LokaTag, sila layari www.lokatag.com.  

 

Video animasi bagaimana cara ia berfungsi, ada di pautan ini:

 


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokatag Pro merupakan sebuah Pembaca Tol Tersambung yang mempunyai peranti tambahan iaitu dashcam…