Peranti Apple iPhone 14, Apple Watch baharu dengan ciri pengesan kemalangan jalan raya, panggilan SOS

oleh Mohamad Hanif|
Apple baru-baru ini melancarkan peranti pintar iphone 14 serta Apple Watch baharu - beserta dengan pengenalan beberapa ciri menarik yang diwujudkan pada model terbaharu yang bakal menjadi rebutan ramai itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selepas memperkenalkan ciri keselamatan pada model Apple Watch Series 4, Apple kali ini memperkenalkan pula ciri pengesan kemalangan jalan raya pada siri iPhone 14, serta boleh digunakan pada jam tangan pintar Apple Watch Series 8, Apple Watch SE dan Apple Watch Ultra.
 

Iphone


Ciri Crash Detection ini akan mengenalpasti sama ada pengguna terbabit di dalam kemalangan jalan raya dan sekaligus akan menghantar notifikasi kepada senarai kontak kecemasan sekiranya pengguna tidak memberikan respons kepada arahan skrin dalam masa 10 saat.

Ia akan menggunakan data daripada accelerometer dan barometer bagi mengesan perubahan tekanan pada ruang kabin, sementara input daripada GPS pula menambah data perubahan kelajuan.

Mikrofon pula akan mengesan bunyi bising yang biasa dihasilkan sewaktu kemalangan terjadi.
 

Iphone


Menurut Apple, mereka menggunakan data yang diperoleh daripada makmal ujian pelanggaran professional yang menjalankan simulasi pelanggaran dunia sebenar, termasuk pelanggaran berdepan, impak sisi dan pelanggaran bergolek.

Siri terbaharu iPhone 14, termasuk Apple Watch Series 8 dan Apple Watch SE boleh didapati bermula 16 September ini, namun yang pasti harganya tidak akan menjadi semurah yang disangka.