Satu kajian yang dijalankan oleh firma Escalent mendapati Elon Musk merupakan aspek yang paling negatif pada jenama Tesla berdasarkan soal selidik yang dibuat terhadap para pemilik kenderaan elektrik.
Menurut pengkaji Mike Dovorany, "kami mendengar di kalangan pemilik Tesla yang akan berkata, 'Lihat, saya suka kereta saya, tapi saya amat-amat berharap saya tidak perlu untuk memberikan respon terhadap ciapan terbaharu (Elon Musk) kepada keluarga dan rakan saya'."
Tesla tidak berdepan dengan masalah untuk berkembang biarpun CEO-nya mempunyai banyak kontroversi sejak kebelakangan ini.
Namun, sikapnya itu membuatkan nama beliau dan jenama Tesla menjadi hampir sinonim dan ia sedikit sebanyak mampu menjejaskan reputasi jenama Tesla itu sendiri.

"Elon telah merosakkan jenama Tesla untuk saya terlalu banyak, sehinggakan saya berfikir tidak akan memiliki sebuah Tesla biarpun saya berjaya memenanginya," ujar Jerry James Stone (48 tahun) yang menetap di Sacramento, California.
Menurut firma kajian Amerika Strategic Vision mendapati 39 peratus daripada pembeli kereta menyatakan mereka tidak akan mempertimbangkan jenama Tesla.
Malah, peminat tegar Tesla sendiri berharap agar CEO itu mempunyai kurang kontroversi.
Levitt yang sebelum ini mengakui peminat Elon Musk kini menunggu peluang untuk menyambar sebuah kereta elektrik baharu dan sedang mempertimbangkan model daripada jenama Audi, Mercedes atau BMW.
"Sekiranya saya tidak mengendahkan telatah Elon Musk, sudah hampir pasti 98 peratus kereta saya seterusnya adalah sebuah Tesla.
"Namun, sikapnya yang membuatkan saya terkilan.
Sumber: Al Jazeera