Perang tarif US-EU: Trump tempelak usaha Harley Davidson pindah operasi ke Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Presiden US, Donald Trump menempelak tindakan Harley Davidson memindahkan operasinya keluar dari negara tersebut bagi mengelak cukai yang tinggi dikenakan terhadap mereka, dan menyifatkan mereka sebagai 'pengecut'.

Tindakan Harley Davidson adalah susulan daripada cukai yang dikenakan oleh Kesatuan Eropah sebanyak 25% ke atas kesemua produk Amerika Syarikat yang memasuki Eropah termasuklah arak, seluar jeans dan motosikal sebagai satu tindak balas terhadap Amerika Syarikat yang mengenakan tarif yang sama kepada keluli import dari Eropah.

Harley di dalam satu kenyataan yang dibuat pada Isnin lalu mengesahkan pemindahan produksi motosikal kepada fasiliti pemasangan antarabangsa di Eropah untuk mengelakkan peningkatan kos disebabkan cukai yang dikenakan oleh EU. 

Cukai yang dikenakan oleh EU terhadap jenama dari Amerika tersebut antara lain akan menambah kos sejumlah $2,200 untuk setiap motosikal yang terjual di Eropah dan melibatkan jumlah keseluruhan meningkat di antara $30 sehingga $45 juta di dalam masa setahun.

Tindak balas dari EU itu ternyata mendatangkan kesukaran kepada Harley Davidson, dan sejurus selepas pengumuman pemindahan operasi, saham syarikat tersebut menjunam lebih daripada 5 peratus menjelang pertengahan hari. 
 


Walaubagaimanapun, sebelum perang tarif berlaku di antara kedua-dua blok perdagangan itu syarikat Harley masih di dalam keadaan terumbang-ambing disebabkan faktor jualan yang tidak menentu. 

Dilaporkan sejumlah 800 orang pekerja terjejas akibat penutupan fasiliti di Kansas City dan memindahkan sebahagian operasi ke kilang lain di York, Pennsylvania, dan sejumlah 200 lagi bakal menerima nasib yang sama apabila syarikat pembekal Syncreon turut mengumumkan perkara yang serupa akibat tindakan Harley menutup kilang di Kansas City. 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Qianjiang juga mempunyai jenama Benelli yang popular di kebanyakan negara-negara membangun dan di…
Berita Global
Harley-Davidson mahu memastikan pasaran Eropah kekal relevan bila mereka melancarkan model elektrik…
Pelancaran Motosikal
  Model konsep BMW Concept R18 itu dilancarkan di acara tahunan Concorso d'Eleganza Villa d'Este…