Perang ADAS - Autopilot Tesla kalah kepada Super Cruise GM!

oleh Mohamad Hanif|
Menurut satu perbandingan yang dijalankan oleh Consumer Reports terhadap 17 buah kenderaan yang dilengkapi dengan sistem active driving assistance system (ADAS), mereka mendapati sistem Autopilot yang diperkenalkan oleh Tesla kalah kepada sistem Super Cruise GM.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara kenderaan yang diuji termasuklah Tesla Model Y, Cadillac CT6, Lincoln Corsair, Subaru Outback, Hyundai Palisade dan Volvo S60. Senarai penuh kenderaan boleh dirujuk pada pautan ini.

Dalam ujian yang dijalankan atas jalan umum dan juga litar, sistem Autopilot yang didatangkan oleh Tesla kalah kepada sistem Super Cruise, di mana Cadillac berjaya memperoleh skor 69 mata (daripada 100), sementara Tesla berjaya skor 57.

Sementara di tempat ketiga pula jatuh kepada Lincoln Corsair (dengan sistem Co-Pilot 360) dengan 52 mata, diikuti Pre Sense Audi (48 mata), dan tiga model yang terikat dengan 46 mata (Smartsense Hyundai&Drive Wise Kia/Driver Assistance Mercedes-Benz/EyeSight Subaru).

 


Menurut Kelly Funkhouser ketua unit ujian kenderaan terhubung dan automatik CR berkata, antara sebab Super Cruise mendahului prestasi Autopilot Tesla adalah kehadiran ciri kamera infra merah yang mampu mengesan ketersediaan pemandu untuk mengambil alih kawalan.

Tambah Funkhouser lagi, "sistem yang terbaik membenarkan pemandu untuk mengaktifkan stereng dan kawalan kelajuan secara bebas, jadi pemandu boleh menentukan dengan tepat seberapa banyak ciri yang mereka mahu gunakan.

Dalam ujian tersebut, CR mendapati Autopilot akan dimatikan secara tiba-tiba dalam beberapa keadaan, manakala Super Cruise pula lebih baik dengan memberikan amaran kepada pemandu apabila sistem tersebut dinyahaktifkan.

Ujian penuh boleh dibaca pada pautan di bawah:

https://www.consumerreports.org/car-safety/cadillac-super-cruise-outperforms-other-active-driving-assistance-systems/

Berita Berkenaan

Berita Global
Jake Fisher, pengarah pengujian kenderaan Consumer Report menerangkan jumlah masalah yang lebih…
Berita Global
Untuk tahun ini pihak Consumer Reports baharu sahaja membentangkan hasil kajian mereka yang dapat…
Berita Global
Tidak semua mempunyai reputasi kebolehpercayaan (reliability) yang sama, berdasarkan laporan…