Perancis kekal dengan larangan penjualan kereta petrol, diesel menjelang 2040

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

sumber gambar: carbuyer

Bermula dari tahun 2040, Perancis akan meneruskan perancangan untuk melaksanakan larangan sepenuhnya ke atas kenderaan petrol dan diesel. 

Ketika berucap, Menteri Pengangkutan Perancis Elizabeth Borne berkata, satu undang-undang baharu akan diperkenalkan bagi memudahkan lagi pelaksanaan dan pemasangan pusat pengecasan EV seiring dengan larangan tersebut. 

Cadangan bagi melarang penjualan kenderaan bernadikan petrol dan diesel pertama kali dibuat pada Julai 2017 oleh menteri alam sekitar, Nicolas Hulot pada awal pemerintahan Presiden Emmanuel Macron. 

Menurut Borne lagi, "kami mempunyai target untuk mencapai sifar karbon pada tahun 2050 dan demi mencapai sasaran itu, banyak perkara yang perlu dilaksanakan termasuklah larangan penjualan kenderaan bahan api fosil pada tahun 2040.

Selari dengan pelaksanaan undang-undang baharu itu, ia akan membolehkan penduduk sesuatu tempat mempunyai hak untuk meminta fasiliti pengecasan dipasang pada kawasan parkir kediaman. 

Selain daripada itu, ia juga akan memfokuskan kepada alternatif penggunaan kenderaan individu seperti menaiktaraf jaringan keretapi dan pengangkutan awam, serta solusi mobiliti seperti basikal, skuter elektrik dan perkongsian kenderaan. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan semakan di laman web Toyota FR, hot  hatch cilik itu akan ditawarkan sebanyak 300 unit…
Berita Global
Jumlah subsidi sebenar akan bergantung kepada kadar pelepasan karbon, yang termasuk ketika…
Berita Global
Menurut laporan The Guardian, inisiatif tersebut telah pun diluluskan oleh Ahli Majlis Perbandaran…