Perancis disaran melombong lithium di tempat sendiri untuk berubah ke EV

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Alam Sekitar Perancis, Barbara Pompili berkata negara itu sepatutnya sudah memulakan perlombongan sumber lithium mereka sendiri untuk memenuhi permintaan pasaran kerana peralihan dari kenderaan bahan api fosil kepada kenderaan elektrik (EV).

Pompili memberitahu akhbar dagangan Les Echos bahawa Perancis memerlukan kontrak import jangka panjang untuk bekalan lithium, tetapi juga untuk melombong galian itu di negara itu sendiri.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

"Jika kita mahu menjadi masyarakat yang menghasilkan gas rumah hijau yang rendah, kita perlu bahan seperti lithium," ujarnya.

EV ialah ciri paling penting untuk Kesatuan Eropah menurunkan penghasilan karbon mereka dan ia cuba untuk mengurangkan bekalan bateri dari Asia menerusi projek-projek dengan syarikat automotif Eropah dan pakar-pakar bateri.

Namun begitu, hampir kesemua mineral penting datang dari luar Eropah, dengan China mengawal hampir kesemua bekalan global. Les Echos melaporkan bahawa Perancis sudah mengesan deposit lithium di kawasan timur wilayah Alsace di sana.

"Jika kita benar ada bekalan lithium di sini, kita perlu melombongnya dengan bertanggung jawab," tegas Pompili.

* Berita penuh di Automotive News Europe


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan semakan di laman web Toyota FR, hot  hatch cilik itu akan ditawarkan sebanyak 300 unit…
Berita Global
Jumlah subsidi sebenar akan bergantung kepada kadar pelepasan karbon, yang termasuk ketika…
Berita Global
Menurut laporan The Guardian, inisiatif tersebut telah pun diluluskan oleh Ahli Majlis Perbandaran…