Perancah besi projek LRT3 Bukit Tinggi runtuh

oleh Mohamad Hanif|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan lima mangsa terbabit dalam runtuhan perancah besi struktur pembinaan projek LRT3 berhampiran Hotel Premiere Bukit Tinggi, di sini hari ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pengarahnya, Norazam Khamis berkata, daripada lima mangsa yang juga pekerja asing warga Bangladesh, empat mangsa sudah diselamatkan dan hanya mengalami cedera ringan.

Beliau berkata, pihaknya sedang giat menjalankan operasi mengeluarkan seorang lagi mangsa yang dipercayai tertimbus dan runtuhan berkenaan.

"Kita menerima panggilan pada jam 2.41 petang dan tiba di lokasi 2.58 petang.

"Setakat ini, empat mangsa berjaya dikeluarkan dan seorang mangsa masih tertimbus oleh runtuhan besi dan pihak bomba masih dalam operasi mengeluarkan mangsa.

"Sebarang perkembangan terkini berhubung kejadian akan dimaklumkan dari masa ke semasa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Beliau berkata, pihaknya sedang giat menjalankan operasi mengeluarkan seorang lagi mangsa yang…