Peranan ICE masih lagi penting di peringkat global - CEO BMW

oleh Mohamad Hanif|
Terdapat sesetengah pengeluar automotif yang sudah pun mula menghentikan pembangunan generasi baharu enjin pembakaran dalaman.

Ada juga negara yang bakal melaksanakan langkah pengharaman penjualan kenderaan ICE tulen, namun CEO BMW Oliver Lipse memberikan amaran langkah tersebut bakal memberikan kesan yang buruk.

"Kita mesti berhati-hati dalam melaksanakan langkah menekankan penggunaan EV, kerana dalam masa yang sama kita turut meningkatkan tahap kebergantungan terhadap sesetengah negara.

"Sekiranya seseorang pengguna tidak mampu untuk membeli EV tapi memerlukan sebuah kereta, adakah kamu akan menyarankan pengguna itu untuk terus memandu kereta lamanya sampai bila-bila? Jika kamu tidak lagi mahu menjual kenderaan berenjin, pihak lain akan melakukannya."
 

BMW iX


Beliau menambah, "ini merupakan satu perkara yang patut dipertimbangkan, memandangkan ramai pelanggan yang tidak sanggup atau boleh beralih kepada EV.

Oliver Lipse sebelum ini turut menyuarakan tentangan terhadap larangan penjualan kenderaan berenjin disebabkan oleh tekanan daripada pihak berkuasa untuk mengekang pelepasan emisi karbon dan impak terhadap alam sekitar.

Tambahnya lagi, dengan menawarkan kenderaan berenjin yang lebih cekap dan jimat bahan api, ia merupakan kunci penting dari sudut keuntungan dan alam sekitar.

Apatah lagi pada ketika ini, sesetengah negara masih lagi kekurangan infrastruktur pengecasan, ditambah pula dengan harga jualan EV yang masih lagi tinggi.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Bahan api yang dimaksudkan itu merupakan SUSTAIN 100 Percent yang dihasilkan oleh Coryton daripada…
Berita Global
Dengan penghasilan teknologi ini, ianya mampu menjadi alternatif untuk mencapai sasaran dunia…
Berita Global
Satu cadangan yang kelihatan mustahil suatu masa dahulu telah mula dipersetujui oleh Kesatuan…