Peralihan Lesen motosikal B2 ke B penuh - apa perlu tahu

oleh Firdaus Razani|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia memaklumkan bahawa pemegang LMM Kelas B2/ B1 yang layak kini boleh membuat permohonan bagi mengikuti program khas tersebut di mana-mana Institut Memandu (IM) yang terpilih di seluruh Malaysia bermula hari ini, 1 Oktober 2024.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Makluman itu selaras dengan pengumuman Menteri Pengangkutan berkenaan Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/ B1 Kepada LMM Kelas B.

Pemegang LMM Kelas B2/ B1 kini boleh membuat semakan syarat-syarat kelayakan bagi Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/ B1 kepada LMM Kelas B melalui saluran berikut :

Sekiranya layak, pemohon boleh hadir ke mana-mana IM yang terpilih di seluruh Malaysia yang menawarkan Lesen Memandu Motosikal Kelas B dan mendaftar untuk mengikuti Program Khas Peralihan LMM.

Kelas B2/ B1 kepada B dan pemegang lesen hendaklah membuat pengesahan kendiri kesihatan tubuh badan/ fizikal/ minda semasa pendaftaran di IM.

Pihak JPJ juga ingin memaklumkan kadar siling fi kepada Institut Memandu (IM) bagi Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/ B1 kepada B adalah RM160.00 yang merangkumi;

  • Pendaftaran dan insurans pelajar,
  • Kursus peralihan dan penyesuaian (2 Jam),
  • Fi perkhidmatan (termasuk sewaan kenderaan dan litar) dan
  • Fi ujian JPJ.

 

Syarat-syarat kelayakan;

  • Warganegara Malaysia
  • Memegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) Kelas B2/ B1 telah mencukupi tempoh 10 tahun dan ke atas yang sah dan berkuat kuasa
  • Tempoh kuatkuasa Lesen Memandu Kompeten (CDL) Kelas B2/ B aktif berterusan
  • Tiada rekod tamat kuatkuasa Lesen Memandu Kompeten Kelas (CDL) B2/ B1 atau tidak pernah dikenakan fi penyelarasan sepanjang tempoh 10 tahun pemilikan Lesen Memandu Kompeten (CDL) bagi kelas tersebut
  • Bebas senarai hitam JPJ & PDRM, tunggakan saman, sekatan urus niaga, rekod disabitkan kesalahan berat atau sebarang perkara belum selesai di bawah Akta 333