Peralihan kepada EV mampu jejas jutaan tenaga pekerja - Akio Toyoda

oleh Mohamad Hanif|
Boss Toyota, Akio Toyoda memberikan amaran jutaan tenaga pekerja di dalam industri automotif bakal terjejas sekiranya kerajaan Jepun meneruskan usaha untuk mencapai neutral karbon menjelang 2050.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau yang juga pengerusi persatuan pengeluar automotif Jepun menjelaskan, perubahan radikal kepada kenderaan elektrik mampu menghancurkan industri pembuatan negara tersebut.

"Jepun merupakan sebuah negara yang bergantung kepada pasaran eksport. Disebabkan itu, sasaran neutral karbon ini merupakan satu isu besar kepada masalah pekerjaan di Jepun.

"Sesetengah ahli politik menyatakan 'kita harus mengubah semua kereta menjadi EV atau industri akan ketinggalan', namun saya tidak fikir ia masalah yang sebenar.

"Untuk melindungi pekerjaan dan kehidupan rakyat Jepun, saya fikir adalah penting untuk menentukan masa hadapan sejajar dengan usaha yang telah kita jalankan selama ini.
 

EV


Menurut laporan daripada Auto News, Toyoda memberitahu Jepun menghasilkan kira-kira 10 juta kenderaan setahun, di mana 50 peratus daripadanya adalah untuk pasaran eksport.

Ramalan industri menjangkakan negara matahari terbit itu mampu menghasilkan lapan juta kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman - termasuk hibrid dan PHEV - setiap tahun, dan dengan pengharaman penjualan kenderaan ICE yang disasarkan menjelang 2030 itu mampu menjejaskan tenaga pekerja di sana.

"Ini bermakna, produksi berjumlah lapan juta unit akan terjejas, dan industri automotif bakal kehilangan sehingga 5.5 juta pekerjaan.

Toyoda masih lagi percaya kenderaan hibrid mampu menjadi jambatan yang mampu menghubungkan masyarakat kepada EV tanpa memerlukan infrastruktur pengecasan yang besar-besaran.

"Untuk mencapai neutral karbon, musuh utama kita adalah karbon dioksida, bukan enjin pembakaran dalaman. Jadi, untuk mengurangkan emisi CO2, adalah penting untuk kita mempunyai inisiatif yang praktikal dan mampan selari dengan situasi yang berbeza di beberapa negara dan rantau," tambah beliau lagi.

Sumber: Auto News

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika bukan kerana jasa Morizo (atau Akio Toyoda) yang sudi mengotorkan tangan di dalam litar lumba…
Berita Global
Untuk mereka yang tidak biasa dengan frasa Morizo itu, ia sebenarnya merupakan nama samaran yang…
Berita Global
Berucap di pentas Tokyo Auto Salon 2024 yang baharu sahaja melabuhkan tirainya, beliau mengumumkan…