Perak dan Pulau Pinang menerima fasiliti pengecasan BMW i yang baharu

oleh SALINA JALIL|
BMW Group Malaysia dan Tian Siang Premium Auto telah merasmikan empat fasiliti pengecasan BMW i baharu di The Banjaran Hotsprings Retreat, Ipoh dan Iconic Hotel, Pulau Pinang.

En. Raymond Tan, Ketua Jualan untuk BMW Group Malaysia berkata, “fasiliti-fasiliti gengecasan BMW i yang baharu ini merupakan satu langkah ke hadapan untuk menunaikan komitmen kami kepada mobiliti elektro di dalam negara.

BMW iPerformance yang merangkumi 56 peratus daripada keseluruhan jumlah 10,000 unit yang berjaya dijual. Secara global, Malaysia merupakan antara tiga pasaran yang terbaik bagi penyerahan unit kenderaan hibrid ‘plug-in’ BMW.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

En. Tan Ka Kin, Pengarah Urusan Tian Siang Premium Auto juga mengatakan bahawa sehingga ke hari ini, kami telah menyerahkan lebih daripada 300 unit kenderaan jenama BMW di Perak dan lebih daripada 400 unit kenderaan jenama yang sama di Pulau Pinang, yang masing-masingnya terdiri daripada 64 peratus dan 59 peratus unit yang merangkumi kenderaan BMW iPerformance.


En. Alex Castaldi, Pengurus Besar Banjaran Hotsprings Retreat dalam ucapan beliau telah menyatakan bahawa inisiatif untuk membawakan pengalaman yang damai dan santai bagi para pengunjung mereka menyegarkan diri amat bersesuaian untuk mengadakan fasiliti pengecasan BMW i kerana ia melambangan ketenangan dan gaya hidup dan tanpa memudaratkan alam sekitar.  

 

En. Kevin Cheah, Pengurus Besar Iconic Hotel pula berkata bahawa fasiliti pengecasan BMW i ini dialu-alukan memandangkan dengan cara ini mereka boleh memenuhi keperluan e-mobiliti para tetamu mereka dan kemudahan ini secara tidak langsung memberikan keselesaan dan melengkapi perjalanan tetamu mereka.

 

Rangkaian fasiliti-fasiliti pengecasan BMW i yang telah dipasang oleh pihak pengedar BMW sebelum ini adalah di WEIL Hotel (Ipoh), Holiday Inn (Melaka) dan The Equatorial (Melaka) dan di CityONE Megamall (Kuching).

 

Perkhidmatan BMW ChargeNow yang ditawarkan sebagai sebahagian daripada program BMW 360° ELECTRIC menawarkan akses ke atas fasiliti-fasiliti pengecasan rakan kongsinya seperti ChargEV yang membolehkan pelanggan mendapatkan sokongan dan akses 24/7 ke atas semua lokasi pengecasan dalam jaringan ChargEV yang kian berkembang dan kini menawarkan lebih daripada 270 fasiliti pengecasan di seluruh negara.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dee atau Digital Emotional Experience pada nama model tersebut mencerminkan tujuannya untuk…
Berita Domestik
Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat di BMW Group Malaysia berkongsi, “BMW Group Malaysia percaya…
Berita Domestik
Program Pensijilan Pakar Voltan Tinggi BMW ini dijalankan di Pusat Latihan Serantau BMW Group…