PERAK BUKA DUA PPV DI KINTA

oleh Penyumbang Rencana 2|
PERAK akan membuka dua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara pandu lalu di daerah kinta bagi mengurangkan kesesakan di PPV sedia ada.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, PPV pandu lalu tersebut akan dibuat secara temu janji dan suntikan hanya dibuat di dalam kereta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Katanya, lokasi yang akan terbabit dengan inisiatif itu adalah di Stadium Indera Mulia serta di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru Raya, di Ipoh.

“Inisiatif ini dimulakan di daerah Kinta memandangkan daerah tersebut mempunyai bilangan penduduk yang tertinggi di negeri Perak.

“Melalui inisiatif ini, kerajaan negeri yakin ia mampu meningkatkan anggaran suntikan vaksinasi harian antara 800 hingga 1500 sehari selain mengurangkan kesesakan di PPV yang sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media secara maya di Ipoh hari ini.

 

 

Artikel oleh Hamimah Hamid dan Mohd UmzarulFaiz Umar