Peragut tumpas ketika buat pusingan-U

oleh HEZERI SAMSURI|
Dua saspek meragut akhirnya tumpas dalam kejadian di Pekan Kuala Kubu Bharu semalam.

Dalam kejadian pertama, seorang yang disyakki meragut terbunuh dan rakannya tercedera dalam kemalangan selepas dikejar oleh mangsa ragut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kejadian itu berlaku apabila mangsa sedang berbual dengan seorang rakan di tepi jalanraya bila dua orang di atas sebuah motosikal meragut rantai mangsa.

Mangsa, seorang lelaki dan rakannya mengejar dua saspek itu sehingga ke lampu isyarat di Antara Gapi, Ulu Yam.

Menurut OCPD Hulu Selangor, Supt Azman Ab Rahman, saspek sedang membuat pusingan-U bila terbabit di dalam kemalangan yang mengakibatkan saspek utama yang menjadi pembonceng maut. 
Saspek kedua berjaya ditahan.

Dari siasatan awal, motosikal saspek dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta. 

"Kami sedang menyiasat dan mengesan kenderaan tersebut," ujar Azman.

Rekod polis mendapati mangsa yang maut berusia 24 tahun dan tidak ada rekod jenayah tetapi saspek yang tercedera itu pula, juga berusia 24 tahun, mempunyai rekod jenayah.

*Laporan asal dan gambar utama dari The Star Online.


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, ketika hendak…
Informasi
  Suspek sempat melarikan diri sebelum motosikal yang ditunggangnya terlibat kemalangan dengan…