Peragaan Pakaian Super Sunday Di KLFW 2022 Diinspirasi Daripada Isuzu D-Max

oleh Penyumbang Rencana 2|
Isuzu yang merupakan sebuah jenama kenderaan yang berasal dari Jepun telah tampil sebagai penaja untuk acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mungkin ramai yang agak keliru dengan kehadiran industri automotif dengan dunia fesyen terutamanya pada acara fesyen yang berprestij ini. Tetapi inilah kolaborasi yang luar biasa dilakukan oleh mereka dengan mengabungkan sebuah jenama pakaian iaitu Super Sunday.

Pada hari terakhir KLFW, sebuah sesi pertujukan dari jenama Super Sunday yang mempergarakan pakaian Super Sunday di pentas khas yang terletak di ruang tengah acara di Pavilion Kuala Lumpur.

Pelbagai rekaan pakaian yang dikenakan pada model-model yang terpilih dan ia sangat versatil serta memukau mata. 
 

Super sunday


Rekaan yang dihasilkan oleh pengarah dan pengasas Super Sunday, Zulkifli Salleh atau lebih dikenali sebagai Bob diinspirasikan daripada Isuzu D-Max. Dia menyatakan bahawa pakaian tersebut hasil daripada ciri-ciri yang terdapat pada model terbaharu Isuzu D-Max generasi ketiga ini yang dilancarkan pada tahun lepas.

Antaranya ialah sarung kepala yang direka berasaskan daripada sistem keselamatan beg udara dan keselesaan tempat duduk kenderaan tersebut. Ini termasuk warna yang ada pada kenderaan Isuzu D-Max menjadi pilihannya untuk menghasilkan baju serta seluar keluaran Super Sunday.

“Pada pendapat saya persamaan yang ada pada pakaian saya dan kenderaan ini ialah penerapan perasaan hebat, menyerlah, bergaya dan selesa semasa memakai Super Sunday, sama seperti ketika saya memandu Isuzu D-Max,” ujarnya menerusi wawancara di saluran Youtube Isuzu D-Max MY.
 

Super sunday


Jadi, penampilan Super Sunday dan Isuzu di KLFW telah membuka mata ramai pihak dengan menampilkan nilai kualiti rekaan kenderaan serta pakaian yang tinggi menerusi gabungan dua jenama ini.

Penulis: IZRA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Rekod baru jualan tahun lalu menjadi bukti kepada keberhasilan rekaan dan ciri yang ditawarkan oleh…
Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…
Model Terbaharu
Antara perubahan ketara yang dibawakan ialah penampilan muka hadapan baharu yang lebih kemas dan…