Peraduan Rider Raya Bergaya tawar hadiah utama Yamaha MT-25 ditandatangani Hafizh Syahrin

oleh SALINA JALIL|
Grab Malaysia melancarkan kempen pencarian rakan penghantaran Grab yang dibuka kepada semua warga Malaysia untuk menjana pendapatan sampingan.


Melalui kempen ini, anda berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM150,000. Peraduan Rider Raya Bergaya menawarkan 166 hadiah untuk dimenangi termasuk hadiah utama, sebuah motosikal Yamaha MT-25 yang ditandatangani pelumba MotoGP, Hafizh Syahrin, serta lima hadiah kedua setiap satu bernilai RM10,000 wang tunai atau bitcoin.

 

Hadiah wang tunai saguhati RM1,000 dan RM500 juga akan diberikan kepada pemenang bertuah.

 

Peraduan ini adalah dari 24 April hingga 31 Mei 2021, dan terbuka kepada rakan-penghantar baru dan sedia ada, yang mendaftar atau merujuk rakan-rakan mereka untuk menyertai platform Grab juga akan menerima peluang penyertaan. 

 

Rakan-penghantar berpeluang memenangi hadiah dengan hanya melengkapkan slogan. 
 

grab 2

 

Rashid Shukor, Pengarah Operasi Negara, Grab Malaysia berkata, “Misi Grab sejak mula lagi, adalah untuk memperkasa warga Malaysia dengan mencipta peluang pendapatan yang selamat, saksama dan inklusif. 


Tahun lepas sahaja, Grab mengalami pertumbuhan ketara di kalangan komuniti rakan pemandu dan penghantar. Kami komited sepenuhnya untuk memastikan platform ini terus membuahkan hasil dan memain peranan penting demi menyokong isi rumah warga Malaysia.”

 
Menurut Jabatan Statistik Malaysia, kadar pengangguran negara adalah 4.8 peratus atau 777,500 orang pada Februari 2021.  


Ekonomi gig berasaskan teknologi boleh membantu warga Malaysia, bukan sahaja mencipta pendapatan sampingan isi rumah yang sihat, bahkan menyedia peluang pendapatan tambahan bagi membantu mereka memenuhi keperluan di waktu yang mendesak.
 

 
Selain menyedia peluang pendapatan, Grab turut memperkenalkan program GrabBenefits, untuk rakan-rakan di dalam  ekonomi gig.

 
Mereka akan mendapat akses kepada peluang pekerjaan lebih bermutu dan lebih selamat serta kewangan yang stabil - seperti pengurangan kos operasi, insurans, pembangunan profesional dan banyak lagi.
 

“Kami yakin, jika Grab memelihara kesejahteraan komunitinya, maka mereka akan menjaga kepentingan pengguna. Mereka ini bukan setakat rakan kongsi - bahkan laksana duta; merekalah punca kewujudan Grab. 


Mereka mewakili gabungan usaha  dan kepelbagaian yang merupakan asas pembentukan negara ini. Lebih utama lagi, diharap sikap amanah dan rajin yang didokongi rakan kongsi kami, berbaloi untuk menterjemah kepada kehidupan lebih bermutu, untuk dinikmati keluarga masing-masing,” tambah Rashid Shukor.

 
Pemenang peraduan Rider Raya Bergaya akan diumumkan secara maya di rumah terbuka Grab pada 5 Jun 2021.

 
Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, sila layari https://grb.to/RiderRayaBergaya.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Inisiatif tersebut telah dimulakan sejak 15 Mei dan akan diteruskan sehingga 11 Jun ini, di mana…
Berita Domestik
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan hari ini berkata, inisiatif…
Berita Domestik
Ini kerana Grab dalam satu kenyataan menjangkakan pengguna Grab sedia ada akan mengalami tempoh…