Peraduan "Pam dan Menang" Petronas Primax 97 dengan Pro-Race; hadiah utama kondo, Mercedes-Benz GLA dan pelbagai lagi

oleh SALINA JALIL|
Petronas Dagangan Berhad (PDB) telah melancarkan peraduan bahan api di seluruh negara yang dari hari ini hingga 31 Mei 2021, dengan menawarkan pelbagai hadiah untuk dimenangi.



Untuk menyertai peraduan ini, pelanggan hanya perlu mengisi minyak dengan kadar minimum RM40 Primax 97 dengan Pro-Race dalam satu resit, dalam tiga transaksi berbeza dalam bulan yang sama dalam tempoh tersebut sepanjang kempen ini berlangsung.



Selepas tiga transaksi berjaya dibuat, sebuah lencana akan diberikan, dan pelanggan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan itu. Lebih banyak lencana yang dikumpul, lebih tinggi peluang untuk menang.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Menurut PDB, lencana terbabit boleh didapati melalui aplikasi Setel dan mereka yang melakukan transaksi melalui aplikasi berkenaan juga akan menerima bonus kelayakan bagi penyertaan. 

 

apps

 

Pelanggan yang memilih cara pembayaran lain juga akan berpeluang untuk ikut serta dengan cara mendaftar di laman web Setel.

 

Hadiah utama peraduan "Pam dan Menang" ini merupakan satu unit dengan bilik tidur tunggal di Verdi Condominium bernilai hampir RM600,000, ditaja oleh UEM Sunrise Berhad. Hadiah tempat pertama pula ialah sebuah Mercedes-Benz GLA 250 AMG Line bernilai hampir RM300,000.
 

gambar pelancaran Mercedes-Benz GLA 250 pada hujung tahun lalu

 

Selain itu, hadiah bulanan yang turut ditawarkan, termasuk bekalan minyak selama setahun bernilai RM3,000 bagi tiga pemenang, e-baucar Setel RM100 bagi 100 pemenang dan dua unit minyak enjin Petronas Syntium 3000 5W-30 bernilai RM360 bagi 20 pemenang.

 

“Kami sangat gembira tentang minyak premium terbaru ini dan inginkan lebih ramai pengguna mencubanya dan alami sendiri kuasa yang ada.

 

Terima kasih kepada penaja kami, UEM Sunrise Berhad serta Petronas Lubricant Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM), kami berjaya mencipta sebuah peraduan sebagai penghargaan pelanggan setia kami dengan hadiah bermakna,” ujar Ketua Perniagaan Runcit PDB, Khalil Muri.

 

a new power

 


Petronas Primax 97 dengan Pro-Race dilancarkan Disember tahun lalu dan menampilkan pakej aditif yang terdiri daripada Advanced Dual Friction Modifier yang pertama didunia. 

 

Formula khas ini disifatkan mempunyai daya yang lebih cekap sehingga 25 peratus dalam mengurangkan geseran, menjadikan interaksi antara minyak yang digunakan lebih cekap untuk memberikan jarak lebih jauh.

 

 

Seterusnya tindakbalas ini menyumbang kepada pembebasan bahan sisa pembakaran yang lebih bersih. Selain itu, minyak baharu dari Petronas ini dapat menghilangkan 99.9 peratus mendapan pada bahagian utama enjin.