Peraduan Merdeka Autofair 2017 - Ahli perniagaan bawa pulang Chevrolet Colorado!

oleh Afandi Che Muhamad|
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu.

Mungkin itu peribahasa yang sesuai digunakan bagi menggambarkan situasi seorang Ahli Perniagaan, Mustafa Kamil Mohamed sebaik diumumkan sebagai pemenang utama Peraduan Belanja dan Menang Merdeka Autofair 2017 anjuran Kumpulan Naza semalam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Mustafa yang berasal dari Kuala Lumpur untuk membawa pulang seunit Chevrolet Colorado baharu.

Mustafa berkata, dia yang masih lagi terkejut dengan pengumuman tersebut mengucapkan ribuan terima kasih kepada syarikat berkenaan atas pemberian hadiah itu.

"Terima kasih kepada Kumpulan Naza kerana menganjurkan Merdeka Autofair 2017, saya berharap acara ini akan diteruskan pada masa hadapan.

"Saya tidak sangka saya pemenang dalam peraduan kali ini. Ia merupakan permulaan tahun yang baik bagi saya," katanya.

Terdahulu, Mustafa layak untuk menyertai peraduan tersebut selepas dia membeli seunit Toyota Vellfire 2.5 ketika Merdeka Autofair 2017 berlangsung pada 10 hingga 13 Ogos tahun lalu.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari laman web rasmi Naza di www.naza.com.my.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Naza Bikes Sdn Bhd, yang merupakan pengedar rasmi motosikal Ducati di Malaysia kini telah…