Peraduan 'Jom Bantu' Petron Malaysia tawar hadiah sehingga RM240,000!

oleh Mohamad Hanif|
Petron Malaysia kini melancarkan peraduan terbaharu "Jom Bantu" dengan menawarkan ganjaran sehingga RM240,000 yang merangkumi wang tunai, baucer barangan runcit, serta mata ganjaran Petron.
Modenas

Bermula dari 1 Julai sehingga 30 September 2020 ini, 30 orang pelanggan Petron yang bertuah berpeluang untuk membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000, baucer barangan runcit bernilai RM2,000 dan mata ganjaran Petron bernilai RM1,000.

300 lagi ahli Petron Miles pula berpeluang untuk memenangi hadiah saguhati berupa mata ganjaran Petron Miles bernilai sehingga RM300.

Untuk menyertai peraduan ini, pelanggan akan mendapat penyertaan secara automatik dengan setiap pembelian minyak terkumpul berjumlah RM50 menggunakan kad Petron Miles.

Pemenang akan dipilih setiap bulan dari lima Kawasan – Lembah Klang, Selatan, Utara, Pantai Timur, dan Malaysia Timur dalam masa tiga bulan. Semua pemenang akan diumumkan setiap bulan melalui laman sosial media Petron Malaysia.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Informasi
  Syarikat, katanya, menjual 6.8 juta tong pada suku dikaji berbanding 9.2 juta tong yang dijual…
Berita Domestik
Sumbangan tersebut termasuklah beras, minyak masak, topeng muka, tudung, sarung tangan, peralatan…
Berita Domestik
Antara hospital yang telah menerima bantuan PPE termasuklah Hospital Selayang, Hospital Sg. Buloh,…