PepsiCo jangka unit awalan Tesla Semi dihantar penghujung tahun ini

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira empat tahun selepas membuat tempahan, syarikat PepsiCo menjangkakan akan menerima unit awalan Tesla Semi menjelang akhir tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bercakap kepada CNBC, CEO PepsiCo Ramon Laguarta berkata, "sistem pengangkutan merangkumi 10 peratus daripada jumlah keseluruhan emisi gas, jadi ia amat penting dan kami sedang berusaha mencari penyelesaian.

"Kami menggantikan armada kenderaan setiap 10 tahun, dan kami mula membeli trak elektrik sebenar daripada Tesla. Saya tidak mahu mempromosikan sesiapa, tapi itulah jenama yang kami gunakan setakat ini, dan kami menjangkakan penghantaran pertama pada suku keempat tahun ini.

Tesla Semi diperkenalkan buat kali pertama pada tahun 2016, dan dijangka memasuki fasa produksi pada tahun 2019, dan selepas beberapa kali penangguhan, Tesla mengesahkan produksi Semi akan ditangguhkan (lagi) sehingga ke tahun 2022 disebabkan masalah rantaian bekalan.

Tesla mendakwa Semi mampu bergerak sejauh 805 km untuk sekali cas penuh dan berkeupayaan untuk menunda muatan seberat 36,287 kg.

Sumber: CNBC