Penyerahan trak pengadun simen baharu, Giga FXZ360 bukti kelebihan kenderaan Isuzu dalam industri pembinaan

oleh Afandi Che Muhamad|
Isuzu Malaysia hari ini menyempurnakan majlis penyerahan trak tugas berat, Isuzu GIGA FXZ360 (Trak Pengadun Simen) pertamanya kepada Hamzah Ibir Sdn. Bhd.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebanyak dua unit Isuzu GIGA FXZ360 diserahkan kepada syarikat pembinaan dari Terengganu itu.

Untuk makluman, trak berkenaan baru sahaja dilancarkan dan digerakkan nadi enjin enam silinder sebaris (6UZ1-TCC6) dengan bantuan kotak transmisi ZF sembilan kelajuan, pengecas turbo dan sistem sejukan antara (intercooler).

Menawarkan hamburan kuasa setinggi 360PS dan puncak tork maksima sekitar 1,422Nm, trak tersebut efisien untuk kegunaan pelbagai permukaan jalan.

Terima kasih kepada padanan sistem pacuan 6x4 dan ‘Roda Tenaga PTO’ yang dipasang siap di kilang Isuzu di Jepun.

Pengarah Urusan Hamzah Ibir Sdn. Bhd., Datuk Khaidir berkata, pelancaran Isuzu GIGA FXZ360 merupakan sesuatu yang dinanti-nantikan syarikat berkenaan.

"Kita sedang giat mengusahakan beberapa projek binaan dan pembangunan. Dan pembelian trak ini dilakukan selepas mengambil kira kebolehan dimilikinya.

"Isuzu merupakan jenama pilihan utama kami kerana ia terkenal dengan kebolehpercayaan dan keteguhan tiada tandingan selain mencatatkan penggunaan bahan api lebih efisien dan servis selepas jualan yang cekap dan mesra," katanya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Koji Nakamura pula menegaskan, pengenalan Isuzu GIGA FXZ360 baharu ini merupakan langkah strategik pihaknya dalam menawarkan rangkaian kenderaan komersial yang lebih menyeluruh bagi memenuhi permintaan industri binaan dan pembangunan tempatan.

“Reputasi Isuzu sebagai pengeluar trak yang berkualiti tinggi, boleh dipercayai dan efisien menjadi asas kejayaan syarikat di peringkat antarabangsa.

"Di Malaysia pula, Isuzu telah berjaya menjadi jenama trak yang paling laris, terutamanya untuk segmen trak tugas ringan selama lapan tahun berturut-turut, selain daripada menjadi jenama pilihan nombor satu untuk kenderaan komersial selama empat tahun berturut-turut," jelasnya.

Tambah Nakamura, rangkaian trak Isuzu lain terdiri daripada Isuzu ELF (siri trak tugas ringan), Isuzu FORWARD (siri trak tugas sederhana) dan diikuti dengan Isuzu GIGA (siri trak tugas berat).

Maklumat lanjut mengenai rangkaian kenderaan tawaran Isuzu boleh didapati dengan menghubungi talian 1-300-88-1133 atau layari laman web rasmi mereka di www.isuzu.net.my.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…
Telah Diuji
Salah satu daripada model yang tersedia ialah Isuzu D-Max, dan sejak Isuzu Malaysia memperkenalkan…
Pelancaran
Untuk varian andalan X-Terrain dan Premium, ia kini didatangkan dengan warna baharu Islay Gray Mica…