Penyeludup petrol kantoi!

oleh SALINA JALIL|
DUA warga Filipina ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bersama 980 liter petrol yang cuba diseludup keluar dari negeri ini di perairan Kampung Kenali dekat sini, pada hari Sabtu lalu.


Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, suspek berusia 25 dan 56 tahun ditahan susulan tindakan oleh bot ronda APPM yang menjalankan operasi khas Felda Sahabat.
Modenas

 

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, sebuah bot dilihat mencurigakan di perairan itu dan selepas berjaya dipintas, pemeriksaan mendapati ia dinaiki dua lelaki warga Filipina.

 

“Pemeriksaan lanjut menemukan 980 liter minyak petrol yang dipercayai cuba diseludup ke Filipina dianggarkan bernilai kira-kira RM1,700,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

 

Katanya, tekong bot dan kru terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Imigresen1959/63.

 

“Justeru, suspek, bot, dan petrol dibawa ke Pos Maritim Felda Sahabat untuk tindakan lanjut,” katanya.

 

 

Sumber:HM

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Terowong itu ditemui setelah agensi kerajaan menghantar sebuah kamera untuk masuk ke lubang robohan…
Informasi
  Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Johari Alifiah, berkata perdagangan basikal elektrik…
Berita Domestik
  Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan,…