Penyelidik tempatan bangunkan peranti pengesan karbon monoksida untuk kabin kereta!

oleh Mohamad Hanif|
Sekumpulan penyelidik dari Politeknik Kota Bharu (PKB) menghasilkan inovasi yang boleh mengesan kebocoran gas karbon monoksida dalam kenderaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sistem itu dipanggil 'Vehicle Carbon Monoxide Detector (VCOD) yang akan menghasilkan isyarat penggera mengaktifkan tingkap kenderaan untuk terbuka sebanyak empat inci (kira-kira 10 sentimeter). apabila gas itu melebihi tahap bahaya untuk manusia berada dalam kenderaan berkenaan.

Ketua Penyelidik, Mohd Zulkafli Mohamed berkata, jika kepekatan karbon monoksida melebihi tahap ditetapkan, output akan mencetuskan untuk tingkap kenderaan terbuka secara automatik dengan bagi membenarkan gas itu keluar dari kabin kenderaan.

"Output sekali lagi akan mencetuskan serta melancarkan tingkap kenderaan secara automatik dengan mengaktifkan kuasa motor untuk dinaikkan semula setelah gas itu tidak lagi berada dalam paras bahaya untuk mengelakkan keracunan karbon monoksida di dalam kenderaan.

"Rasionalnya dibangunkan sistem ini, adalah ramai pemandu yang suka tidur di dalam kenderaan atau terpaksa melelapkan mata disebabkan faktor masa dan keadaan yang tidak mengizinkan," katanya menerusi satu kenyataan media.

 

gambar hiasan


Mohd Zulkafli berkata, penyelidikan yang mendapat pingat emas dalam Pertandingan Inovasi Proton-Politeknik 2019 (PiPPo 2019) yang diadakan pada Ogos lalu itu dihasilkan dengan kerjasama Proton Holding Berhad bagi membangunkan teknologi inovasi dalam bidang 'Safety and Security' untuk digunakan dalam bidang automotif pada masa akan datang.

Beliau berkata, melalui usaha sama itu, Proton memberi sumbangan sebuah Proton Suprima untuk digunakan dalam kerja penyelidikan bagi membangunkan teknologi inovasi terbabit dan kenderaan itu akan dijenamakan semula dengan nama Proton Suprima 5S.

"Selain pengesanan kebocoran gas karbon monoksida, kami turut menghasilkan empat lagi inovasi antaranya menghidupkan enjin kenderaan hanya dengan cap jari yang dinamakan 'Thumbprint System (TPS)'.

"Inovasi ini menggunakan imbasan cap jari bagi mengaktifkan sistem elektronik pada kenderaan yang mana sebaik diluluskan oleh sistem, pemandu dapat menghidupkan enjin kenderaan dan hanya pemilik serta pengguna yang didaftar sahaja boleh menghidupkan enjin kenderaan itu," katanya.

Selain itu, Sistem Pengesan Kereta (CTS) juga dicipta bagi menjejaki kenderaan sekiranya dicuri yang mana pemilik dapat memberhentikan kenderaannya dengan menggunakan telefon pintar.

Di samping itu, Sistem Pengesanan Alkohol (ADS) dicipta bagi mengelakkan kemalangan disebabkan pemandu memandu di bawah pengaruh alkohol dan fungsi itu diaktifkan dengan memintas enjin kenderaan daripada dihidupkan selagi alkohol masih dikesan wujud pada nafas pemandu.

"Yang terakhir adalah sistem yang dapat mengesan kebocoran gas NGV yang dinamakan sebagai Pengesan Kebocoran NGV (NGVD).

"Ia dapat mengelakkan kenderaan terbakar akibat kebocoran itu kerana pemandu akan diberi makluman melalui bunyi 'buzzer' dan paparan di skrin LCD," katanya.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Serbuan dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang…
Berita Domestik
Tiada cukai jalan, tiada lesen menunggang, tiada insurans dan plet fancy pun palsu! Akhbar Harian…