Penutupan sementara pusat pemeriksaan PUSPAKOM Senai

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
PUSPAKOM mengambil langkah menutup sementara operasi Pusat Pemeriksaan Kenderaan cawangan Senai, Johor mulai 14 Februari 2022 bagi melakukan proses disinfeksi dan sanitasi untuk memastikan keselamatan semua pihak.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

 

Bagi pelanggan yang telah membuat temujanji pemeriksaan di cawangan tersebut, bayaran temujanji akan dipulangkan secara automatik dalam tempoh 30 hari dan pelanggan diminta untuk mengabaikan Peringatan Temujanji MyPUSPAKOM jika ada menerimanya.  

 

Sebagai alternatif, pelanggan yang terjejas akibat penutupan boleh hadir ke cawangan berdekatan seperti PUSPAKOM cawangan Johor Bahru atau Kluang dan dibenarkan hadir  secara walk-in dan membuat bayaran di sana dengan membawa slip temujanji PUSPAKOM Senai sebagai bukti temujanji.

 

Pengoperasian semula PUSPAKOM Senai akan diumumkan kelak. Orang ramai boleh mengikuti Facebook PUSPAKOM Sdn Bhd atau melayari htpps://www.puspakom.com.my untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung operasi PUSPAKOM dari semasa ke semasa.
 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Langkah tersebut bertujuan untuk mengukuhkan integriti dan mengekalkan amalan tertinggi bagi…
Berita Domestik
Pemilik yang ingin mendapatkan pemeriksaan percuma boleh hadir terus ke mana-mana cawangan PUSPAKOM…
Berita Domestik
Oleh itu, perkhidmatan pemeriksaan berkala itu akan dibuka kepada pihak yang berkelayakan serta…