Penutupan sementara pusat pemeriksaan PUSPAKOM di negeri Selangor dan Pahang

oleh SALINA JALIL|
PUSPAKOM ingin memaklumkan penutupan sementara beberapa Pusat Pemeriksaan Kenderaan di negeri Selangor dan Pahang mulai 20 Disember 2021 sehingga dimaklumkan kelak yang terkesan berikutan banjir yang melanda di negeri itu.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

 

Berikut adalah cawangan PUSPAKOM yang ditutup sementara mulai 20 Disember 2021:

SELANGOR

PAHANG

PUSPAKOM Shah Alam

PUSPAKOM Raub

PUSPAKOM Glenmarie

PUSPAKOM Pekan

PUSPAKOM Padang Jawa

 

 

Bagi pelanggan yang telah membuat temujanji pemeriksaan di cawangan tersebut, bayaran temujanji akan dipulangkan secara automatik dalam tempoh 30 hari dan pelanggan diminta untuk mengabaikan Peringatan Temujanji MyPUSPAKOM jika ada menerimanya.  

 

Sementara itu, pelanggan yang telah membuat temujanji namun tidak dapat hadir pemeriksaan akibat terjejas dengan banjir boleh memohon pemulangan bayar balik dengan menghantar emel ke [email protected]

 

Sebagai alternatif, pelanggan yang terjejas akibat penutupan ini boleh hadir ke cawangan berdekatan secara walk-in dengan membawa slip temujanji cawangan yang terlibat dengan penutupan sebagai bukti temujanji.

 

Pengoperasian semula cawangan-cawangan ini akan dimaklumkan kelak. Orang ramai boleh mengikuti Facebook PUSPAKOM Sdn Bhd atau melayari www.puspakom.com.my untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung operasi PUSPAKOM dari semasa ke semasa

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dari jumlah itu, kira-kira 296,000 buah kenderaan dapat dihindarkan dari berada di atas jalan raya…
Berita Domestik
Langkah tersebut bertujuan untuk mengukuhkan integriti dan mengekalkan amalan tertinggi bagi…
Berita Domestik
Pemilik yang ingin mendapatkan pemeriksaan percuma boleh hadir terus ke mana-mana cawangan PUSPAKOM…