Penutupan PUSPAKOM Johor Bahru termasuk perkhidmatan van dan trak akibat penularan COVID-19

oleh SALINA JALIL|
Dalam kenyataan media semalam, PUSPAKOM telah memaklumkan bahawa seorang kakitangan PUSPAKOM Johor Bahru telah disahkan positif COVID-19.

Beliau kini sedang mendapatkan rawatan dan dikuarantin di sebuah hospital kerajaan.

Proses pengesanan kontak juga sedang dijalankan dan semua kakitangan cawangan juga akan menjalani ujian saringan Covid-19, sementara mereka yang berhubung secara langsung dengan pesakit tersebut telah diarahkan untuk menjalani kuaratin selama 14 hari.

 

PUSPAKOM telah mengambil langkah menutup cawangan Johor Bahru termasuk Perkhidmatan Van dan Trak Bergerak  (MVS & MTS) di Johor serta merta dan tiada operasi mulai Ahad, 13 Disember 2020 bagi melakukan proses sanitasi dan pembersihan secara menyeluruh.

 

Sebagai alternatif, pelanggan boleh menjalani pemeriksaan secara walk-in di cawangan seperti berikut:

 

 

Kategori Kenderaan

Cawangan Alternatif

Kenderaan Persendirian

PUSPAKOM Senai

PUSPAKOM Taman Daya

Kenderaan Ringan

(BDM < 6,000 kg)

PUSPAKOM Senai

PUSPAKOM Kluang

Kenderaan Berat

(BDM > 5,999 kg)

PUSPAKOM Pasir Gudang

PUSPAKOM Kluang

 


Pembukaan semula PUSPAKOM Johor Bahru dan Perkhidmatan Van dan Trak Bergerak (MVS & MTS) di Johor akan dimaklumkan kelak. Pihak kami akan mendapatkan nasihat dari Jabatan Pengangkutan Jalan berkaitan kelonggaran pembaharuan permit untuk kenderaan yang tamat tarikh pemeriksaan dalam tempoh operasi ditutup. 

 

Bagi pelanggan yang mempunyai temujanji di PUSPAKOM Johor Bahru, semua bayaran temujanji pemeriksaan yang telah dibuat akan dipulangkan secara automatik. Manakala bagi temujanji Perkhidmatan Van dan Trak Bergerak (MVS & MTS), penjadualan semula akan dibuat dan dimaklumkan kepada pelanggan melalui panggilan telefon.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Langkah tersebut bertujuan untuk mengukuhkan integriti dan mengekalkan amalan tertinggi bagi…
Berita Domestik
Pemilik yang ingin mendapatkan pemeriksaan percuma boleh hadir terus ke mana-mana cawangan PUSPAKOM…
Berita Domestik
Oleh itu, perkhidmatan pemeriksaan berkala itu akan dibuka kepada pihak yang berkelayakan serta…